14 June 2010

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan keluarga bawa jalan-jalan....

Salam mesra dan salam kasih sayang buat semua insan tercinta, teristimewa buat suamiku sayang dan anak-anakku yang dikasihi....

Tujuan Umi memuatkan kisah ini bukanlah untuk tatapan orang lain, tetapi untuk mengabadikan kenangan kita sekeluarga dalam melayari kehidupan yang sementara ini...siapa tahu, semua ini akan menjadi suatu kenangan indah buat kita semua 'suatu hari nanti'...

Setelah hampir 10 tahun kita sekeluarga tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi Langkawi, maka pada tahun ini 2010, kita sekeluarga diberi ruang dan peluang untuk jalan-jalan ke tempat orang, ke bumi Langkawi untuk mengulangi kenangan sewaktu Abah dan Umi membawa kalian semasa kalian masih kecil dulu...Terima kasih kepada Abah kerana membawa kita sekeluarga keluar melancong walaupun cuma melancong dalam negara...tak apa lah...suatu hari nanti kita keluarlah lagi...


3hb Jun 2010, kita memulakan perjalanan / musafir menuju ke bumi Langkawi. Perjalanan dengan kereta yang mengambil masa 5-6 jam, tidaklah menjemukan sangat kerana hari ini hati begitu girang...maklumlah kita sekeluarga dikejutkan oleh bunyi jam loceng dari telefon Umi yang mengingatkan tentang peristiwa penting hari ini...Hari Ulangtahun perkahwinan Abah dan Umi yang ke-17...jadi masing-masing 'kontrol'm mood untuk menjaga hari istimew hari ini....Walaupun masa banyak dihabiskan dalam perjalanan, namun itulah hadiah istimewa buat kami semua...kerana masa inilah masa untuk kita bersama-sama sepanjang masa...tidak seperti hari-hari yang lain, masing-masing sibuk dengan tugas dan aktiviti peribadi....

Cerita atau kisah percutian kami kali ini Umi tidak mahu mengulasnya dengan panjang lebar,tetapi cukuplah hanya gambar-gambar kenangan yang menceritakan segalanya...jom kita lihat gambar....
 Setibanya di Jeti Pekan Kuah, lebih kurang jam 5:30 petang...


Adik dan Abang Amirul (wajah agak moyok sikit, mungkin sebab agak kurang sihat....),namun tetap nampak happy...sementara tunggu Abah pergi dapatkan kereta sewa...


Di hadapan Hotel Aseania, Langkawi...mulanya nak menginap di sini, tapi hotel ni agak jauh dari Pekan Kuah...


Hari pertama di Langkawi...cuba dapat pengalaman menaiki kereta kabel...merentasi hutan-hutan menuju ke puncak gunung Mat Chinchang...kereta kabel terpanjang di Asia...



Berbaris untuk menaiki cable car..., hai abang Amirul macam dah tak sabar-sabar lagi....


Cable Car baru nak bergerak...Umi dah tunjuk rasa 'gayat' dia....

Eh..kalau nak tunjuk satu-satu, penat juga...jom kita tengok slide...boleh??? Allright....!

HARI PERTAMA : KE LANGKAWI CABLE CAR / BERAS TERBAKAR

HARI KEDUA : KE MEMORIAL PUTERI LAGENDA / MAKAM MAHSURI


HARI KETIGA : KE TAMAN LAGENDA MAHSURI



Lawatan ke Taman Lagenda Mahsuri tidak dapat diteruskan kerana keadaannya yang kurang menyenangkan...terdapat banyak semak samun dan nampak tidak lagi terurus seperti yang pernah kami lawati dulu. Menurut pekerja di situ, Taman ini telah hampir satu tahun ditutup kepada orang ramai dan baru dibuka semula sejak bulan April 2010 yang lalu.Oleh kerana itulah, keadaannya nampak usang dan 'menyeramkan'.Sebabnya?? Wallahu a'lam.

Kami juga terpaksa membatalkan 'penggambaran' di 'The Eagle' , disebabkan hari itu hujan turun agak lebat...Jadi hajat tersebut terpaksa ditangguhkan untuk episod seterusnya, hari ni setakat ni je...terpaksa balik ke Tanah Besar untuk meneruskan misi ke Pulau Pinang pula....

No comments:

Post a Comment