16 May 2010

Hari Guru



Hari ini seluruh negara menyambut hari guru secara serentak. Hari Guru biasanya di sambut dengan mengadakan pelbagai acara yang menuntut penyertaan para guru dan murid. Lebih kurang hampir 12 kali aku menyambut perayaan hari guru...ya memang hari guru ialah hari raya bagi kaum guru...apa tidaknya, guru-guru berpakaian serba baru dan paling istimewa pada hari itu...

Apakah makna sebenarnya hari guru? Sepanjang diriku bergelar guru, hari guru sebenarnya hari yang cukup 'merimaskan' bagiku sebenarnya....Memanglah sebenarnya hati ini rasa terhibur dengan ucapan demi ucapan Selamat Hari Guru yang terpacul daripada bibir-bibir anak-anak didikku....tapi entahlah...jauh di sudut hati, suatu perasaan 'aneh' dan tidak selesa pula yang hadir dalam jiwa ini....Masih ku ingat lagi, setiap kali hari tarikh 16 Mei tiba, maka setiap kali itulah aku merancang-rancang untuk mengambil cuti rehat....Entah apa perasaan yang ada dijiwa ini sebenarnya aku sendiri kurang mengerti....tapi yang pasti, aku amat merasa kurang selesa pada hari tersebut....

Setiap kali murid-muridku mengucapkan selamat hari guru, maka setiap kali itulah bibirku begitu 'gatal' ingin berceramah...ingin ku katakan kepada mereka....Jangan ucapkan selamat pada guru hari ini saja, tapi doakan untuk guru selamat setiap hari...kalau mereka benar-benar kasihkan guru....jangan tunjukkan rasa hormat kepada guru, hanya untuk hari ini cuma, tapi tunjukkan rasa hormat kepada guru setiap masa dan ketika, dengan menyiapkan tugasan dan kerja sekolah yang diberikan, sopan santun ketika berbicara dengan guru...ucapkan terima ksih setulus hati setiap kali  selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) dan sentiasa mendengar kata guru....
Walau bagaimanapun sambutan hari guru ada banyak kebaikannya juga....selain ia dapat menanam rasa kasih dan sayang murid kepada gurunya, ia juga dapat menyuntik keceriaan dan semangat motivasi kepada guru-guru dengan pelbagai acara yang difikirkan sesuai...

Biasanya sambutan hari guru diisi dengan slot ucapan, slot sukaneka dan juga persembahan pelajar atau guru...Sebenarnya, sambutan hari guru ini boleh diisi dengan pelbagai pengisian sama ada pengisian ilmiah mahupun pengisian berbentuk santai....seperti sukaneka antara guru dan pelajar seperti selalunya....Salah satu acara berbentuk pengisian ilmiah ialah guru-guru diajak untuk 'menghargai ' kerjaya mereka sebagai guru...maka guru-guru perlu diberi suntikan rohani seperti mengadakan Qiyamullail, bacaan Yasin dan Solat Hajat (untuk memohon kesejahteraan, dilimpahkan kesihatan dan kekuatan mental dan fizikal....dan sebagainya).Melalui aktiviti ini, guru-guru juga dibawa untuk mengenang  bekas-bekas guru mereka di samping mendoakan guru-guru terdahalu agar dilimpahkan  keredhaan dan keberkatan  kerana hasil usaha gigih guru-guru terdahulu, maka hari ini guru juga turut bergelar guru... Program-program seumpama ini boleh juga dilibatkan para pelajar. Program seperti ini sekaligus akan dapat menjalinkan hubungan yang erat antara pelajar dan guru. Selain daripada itu program ini juga merupakan cara mendidik para pelajar menyayangi dan mendoakan para guru.





No comments:

Post a Comment