Showing posts with label SMKPB...kini..... Show all posts
Showing posts with label SMKPB...kini..... Show all posts

28 February 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2009M / 1430H

         Assalamualaikum wrh.wbt. kepada semua yang membuka laman blog ini. Pada tahun ini, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi sedikit kekuatan fizikal dan mental untuk terus mengajak yang makruf dalam kehidupan saya sebagai seorang pendidik di SMK Pak Badol ini...Seperti biasa, memang sudah lama kerja rutin yang saya lakukan setiap kali tibanya bulan Ramadhan al-Mubarak, saya dan rakan-rakan cuba merancang untuk menghidupkan bulan Ramadhan khususnya di sekolah...
 
          Maka dengan berkat sokongan semua pentadbir khususnya Tuan Pengetua SMK Pak Badol sendiri iaitu Tn Hj Mohd Hamdi bin Awang dan dibantu oleh rakan-rakan setugas yang lain, maka bulan Ramadhan di SMKPB dihidupkan dengan program tadaarus al-Quran. Setiap guru Pendidikan Islam sekurang-kurangnya wajib membawa pelajar untuk program tadaarus al-Quran di Musolla sekolah sekali dalam seminggu, dan selebihnya semua pelajar SMKPB dicabar untuk menyertai program "Cabaran Membaca 30 Juzuk al-Quran" sepanjang bulan Ramadhan secara individu atau bertadarus dengan guru dan juga ibu bapa.
  
 Para pelajar tekun bertadaarus al-Quran bersama rakan di Musolla...
  
 Ustaz Rahimi b Md Daud, tekun membetulkan bacaan para pelajarnya semasa program tadaarus di Musolla SMKPB...
  
Pelajar yang mahir al-Quran meneruskan bacaan al-Quran secara individu atau berkumpulan...
  
Ustaz Mohammad bin Yahya memberi tazkirah tentang kelebihan membaca al-Quran....
  
 Para peserta "Cabaran 30 Juzuk al-Quran 2009" sedang diberi taklimat oleh urusetia Majlis.
  
Satu sesi raptai untuk Majlis Khatam al-Quran turut diadakan....
 
 
 Majlis Khatam al-Quran secara besar-besaran telah diadakan di dataran perhimpunan SMKPB pada 16 September 2009 bersamaan 26 ramadhan 1430H..
  
 Majlis dimulakan dengan perarakan peserta Khatam al-quran yang diiringi dengan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah...
  
 Para peserta khatam al-Quran berarak masuk dengan tertib dan sopan...layak sebagai putera dan puteri Islam yang boleh dibanggakan oleh guru dan ibu bapa...
  

  

  
 Segak bergaya para putera SMKPB berbaju melayu putih...
  
 Barisan para peserta....
  
 Para pelajar SMKPB turut teruja menyaksikan majlis yang meriah ini...
 
Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian penutup Program Ihya' Ramadhan 1430H oleh Yb Tn Pengetua Kanan: Tn Hj Mohd Hamdi b Awang...
 

  
  
 Barisan guru lelaki dan perempuan SMKPB dan juga ibu bapa yang dijemput khas turut bersama dalam majlis ini...
  
 Majlis Khatam al-Quran bermula dibawah pimpinan al-Fadhil Ustaz Mohamad b Yahya (Ketua Panitia Pendidikan Islam  SMKPB
 
al-Ustaz memulakan bacaan al-Quran...Surah al-fatihah, diikuti Surah al-Dhuha...
 
 Salah seorang peserta memperdengarkan bacaan al-Quran...
  
Peserta perempuan begitu khusyuk sekali menghayati kalimah-kalimah al-Quran yang dibacakan...
  

  

  

  
 Sebagai tanda kenang-kenangan...untuk al-ustaz...
  
Meja cenderahati...
  
Tn Pengetua menyampaikan cenderahati kepada peserta...
  
Pengerusi Majlis Khatam al-Quran: Ustaz Rahimi  menjemput para peserta menenrima cenderahati...
  

  

  
 Terima kasih Tuan Pengetua...atas sokongan dan kerjasama ...segalanya adalah suntikan semangat untuk terus berusaha mendidik anak-anak didik yang dikasihi untuk menjadi insan yang kamil...
  
 Majlis bersalam-salaman dengan para guru...
  

  

  

  

 
Majlis Khatam al-Quran selesai untuk tahun ini....mungkinkah pada tahun ini majlis sebegini bakal tercipta lagi...InsyaAllah, jika diberi daya dan upaya oleh yang Maha Kuasa...Apa yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. yang kurang baik itu adalah dari kelemahan diri hamba sendiri...Jika ada sebarang cadangan, sila catatkan dibawah...sebarang cadangan dan kritikan yang membina amat dialu-alukan...Sekian, terima kasih...




27 February 2010

RUMAH BENDAHARA 2010

Demam Sukan Tahunan Sekolah  bermula lagi....

 
Syafika, CT dan Mas Idawati...rajin membantu guru demi rumah Bendahara Juara...
  
 Zharif dan Siti Rohayu (pelajar tingkatan 3A ) turut tidak ketinggalan....menyiapkan bunga manggar!!!
 
  
 Kumpulan Pembarisan Rumah Bnedahara yang setia....good luck !!!
  
 Kain Rentang Rumah Bendahara yang 'bergemerlapan' bintang-bintangnya yang bertaburan....
 
Aiman dan rakan....siap sedia membantu....

26 February 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H

        Selawat dan salam sejahtera buat Rasul Junjungan yang Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini tanggal 12 Rabiul Awal datang lagi....mengimbau kembali sejarah kelahiran Rasulullah S.A.W. rasul yang dicintai...Hari ini seluruh negara menyambutnya dengan pelbagai cara untuk menunjukkan kecintaan kepada rasul  yang mulia, mudah-mudahan ia bukan sekadar untuk hari ini atau juga untuk sepanjang bulan Rabiul Awal ini....hendaknya biarlah ia sentiasa bersemadi di sanubari....Rasul tetap dihati...
         Rasul tetap dihati...bermaksud seseorang itu sentiasa mengarahkan dirinya dalam setiap perilaku adalah berdasarkan apa yang diredhai oleh Allah dan Rasul yang dikasihi...atau dalam ertikata lain....sentiasa menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W, dan sentiasa membasahi lidah dengan berselawat kepadanya.

         Persoalan menyambut Maulidur Rasul seringkali menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam umumnya. Namun bagi sesiapa yang mampu menghayati simbolik di sebalik sambutan ini, ia adalah sesuatu yang positif sekurang-kurang sebagai satu cara daie (dakwah) untuk menanam kecintaan terhadap Rasulullah di kalangan generasi muda-mudi Islam masa kini.
Cara mengadakan sambutan maulidur rasul dengan cara mengadakan sedikit jamuan (sedekah) dan sama-sama berselawat adalah satu cara yang mulia dan ia sebahagian daripada cara menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W.kerana disebalik acara tersebut, galakan bersedekah melalui cara memberi makan kepada jiran tetangga turut dapat mengeratkan siaturrahim sesama jiran, manakala acara berselawat jika dihayati betul-betul akan menimbulkan satu perasaan rindu dan cinta kepada Rasulullah S.A.W. Mengajak orang ramai atau tetamu berselawat adalah satu amar makruf juga.

         Namun yang menjadi persoalannya, acara-acara tersebut hanya sibuk dianjurkan pada bulan RabiulAwal sahaja, pada hal ia boleh dilakukan pada bila-bila saja...inilah yang menyebabkan berlakunya kekeliruan....

         Ayuhlah sama-sama kita hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. Ayuhlah sama-sama kita banyakkan berselawat kepada Rasulullah S.A.W kerana amalan berselawat ini adalah amalan yang dituntut oleh al-Quran (Surah al-Ahzab : 56) Allah dan para malaikat pun sentiasa berselawat kepada Rasulullah S.A.W inikan pula kita umatnya...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. ya Rasulullah salamun 'alaik, ya Habiballah salamun 'alaik.....


Jom Selawat! 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H PERINGKAT SEKOLAH (SMKPB)
 Ini banner Sambutan Maulidur Rasul 1431H peringkat SMKPB pada tahun ini.

Seluruh warga 
Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431H
Tema:
Memantapkan Ukhuwah Memperkasakan Ummah

"DIKAU GURU AGUNG"

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Mahukah kamu kunyatakan sesuatu tentang apabila kamu kerja kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu. (Riwayat Muslim)


 


Sambutan Maulidur Rasul 1431H peringkat sekolah SMKPB diadalah pada 11 Rabiul Awal 1431H bersamaan dengan 25 Febuari 2010M .


  
 Perhimpunan pelajar sempena majlis sambutan Maulidur Rasul 2010. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, Ceramah, perarakan dan selawat serta Jamuan Kesyukuran untuk seluruh warga SMKPB....dan pada malamnya diisi pula dengan slot Qiyamullail untuk para pelajar tingkatan satu. Program Qiyamullail ini sebenarnya merupakan acara tahunan bagi Panitia Pendidikan Islam SMKPB di bawah pimpinan Ustaz Mohamad bin Yahya (KP PPI SMKPB). Semoga segala usaha diberkati Allah S.W.T. Amin ya Rabbal 'Alamin.

 
Barisan guru dan pelajar SMKPB...

Dan di sepanjang bulan Rabiul Awal ini, pada setiap awal paginya bumi Pak Badol bergema dengan bacaan Selawat kepada Rasulullah S.A.W sebagai tanda kecintaan kepada baginda...Moga-moga amalan ini bukan hanya 'di bulan' ini je....


Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....