Showing posts with label Koleksi Resepi Umi. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Resepi Umi. Show all posts

09 December 2009

Kek Coklat Special



Bahan-bahan:
1 1/2 ketul mentega Buttercup
2 1/2 cawan gula pasir
6 biji telur
2 1/2 caean air

Bahan A:
1 cawan serbuk koko Vochelle
2 sudu kecil Nescafe
4 cawan tepung gandum / self raising powder
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonat (tidak perlu jika menggunakan tepung Blue key)

Cara-cara:
1. Bahan A diayak bersama
2. Mentega dan gula dipukul hingga kembang
3. Masukkan telur sebiji sebiji dan pukul
4. Masukkan bahan A berselang-seli dengan air dan pukul
5. Panaskan oven pada suhu 170' selama 5 minit
6. Sapu mentega pada acuan
7. bakar selama 1 jam dlm acuan yang muat semua bancuhan @ 30 minit dlm acuan 4 segi (8 1/2 inci x 8 1/2 inci) untuk 2 biji kek
8. Angkat dan sejukkan kek
9.Dalam periuk berlapis air mendidih, cairkan sekeping coklat masakan Van Houten + satu sudu mentega + 4 sudu air
10. Sapukan coklat cair tadi ke atas kek dan tabur choclate rice ketika coklat masih cair
11. Biarkan sejuk dan sedia dimakan bersama keluarga
12. Selamat mencuba

Penghargaan buat seorang sahabat dan  'guru':
Berbanyak terima kasih kuucapkan kepada Sahabat dunia akhirat, Pn Hjh Zaharah bt Yahya kerana berkongsi resepi kek yang special ini denganku...Jazakumullahu khaira kathira. Inilah resepi kek dari Melaka yang kubawa pulang ke negeri asalku untukku jadikan sebagai kenangan....Resepi ini kupelajari lebih kurang 5 tahun yang lalu...Kek ini merupakan kejayaan pertamaku membuat kek....dan anak-anak memang suka kek ini...lagi lah bersemangat Uminya buat kek...Tak nak cuba ke....?

Kuzi Ayam Mak Su (10 ekor)



Bahan-bahan:
10 ekor ayam (dipotong, letak garam + kunyit sedikit kemudian di goreng)
3 kg bawang Bombay (dimayang- goreng - blend)
6 tin susu cair ( + 12 tin air)
1 tin tomato puri
1 botol sos tomato
1/4kg rempah Kuzi
Bunga lawang + pelaga hindi + kayu manis + bunga cengkih (utk tumisan)
1/4/kg kismis /  kacang almond + kacang gajus (jika suka)
1/2 cawan halia yang telah dikisar (utk tumisan)
1/2 cawan bawang putih (utk tumisan)
1/4 kg minyak sapi

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi - masukkak kismis (gelembung angkat) kacang (hingga kekuningan)
2. Tumis bawang putih + halia dan kakah kasar (bahan tumisan)
3. masukkan rempah kuzi dan air panas (kacau hingga sebati dan masak)
4.masukkan air (6 tin susu + 12 tin air)
5. masukkan bawang goreng yang telah dikisar
6.bila mendidih, masukkan tomato puri + sos tomato + ayam yang telah digoreng + gula + gula melaka + garam
7. bila dah mendidih , masukkan kismis dan kacang

Penghargaan Buat 'Guru':
Resepi ini kudapatkan dari Cikgu Rohani Muhammad, rakan sejawat.... Katanya resepi ni dia tanya mak cik kantin yang kami panggil 'Mak Su'. Terima kasih semua....Dapat je resepi ni, ia telah menjadi salah satu juadah utama keluarga kami pada hari raya untuk dihidangkan bersama roti jala...Kuzi Kambing lagi sedap!!!

Kek Pisang Best



Bahan-bahan:
1 1/2 cawan pisang yang telah dilenyek (pisang kapas atau pisang emas...sodaaap)
1 1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula kasar dikisar
1 sudu besar soda bikarbonat
3 biji telur
3 cawan gandum

Cara-cara:
1.Telur + gula diputar hingga hancur
2. Masukkan tepung dan soda - kacau
3. Masukkan minyak - kacau lagi hingga sebati
4. masukkan pisang - kacau lagi sekejap
5.Masukkan dalam dulang pembakar dan bakar dengan suhu 180' hingga masak


A big thank 4u guru... Pn. Rohani Muhammad! Memang resepi macam ni lah yang saya suka...sebab main sukat dengan cawan je...rasanya pun boleh tahan...kalau ada pisang 4 - 5 biji tu, bolehlah buat kek pisang....Selamat mencuba!!!

Kek Coklat Kukus Datin



Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin gula pasir
1 tin minyak masak
(semua bahan di atas dicampur dan dikacau atas dapur hingga gula hancur dan sebati. kemudian sejukkan)

8 biji telur
1 sudu soda bikarbonat
1 tin tepung gandum
1 tin serbuk koko

Cara-cara:
1. Putarkan bahan yang telah disejukkan
2. masukkan telur
3.Masukkan tepung gandum + serbuk koko + s0da bikarbonat
4. Kukus selama 1 1/2 jam

Topping:
- panaskan cooking coklat + minyak masak + susu pekat
- curahkan ke atas kek


Tinta buat guru...
Terima kasih banyak Kak Na (Datin Hjh Ruhana bt Abdul Rahman)...kerana sudi berkongsi resepi kek ini. Walau bagaimanapun, kek ini kubuat time raya je....

Puding Roti Manis



Bahan-bahannya:
1 bungkus roti (panjang)
1 tin susu pekat manis
1 tin susu air suam
1/2 cawan air daun pandan
kismis (ikut suka)
jagung dalam tin (ikut suka)
vanilla
2 biji telur (kepuk)

cara-cara:
1. rendam roti dengan air suam, dan lenyek-lenyek sampai lembik (tidak hancur)
2. pukul telur dan masukkan ke dalam adunan.
3. masukkan susu dan air daun pandan. gaul hingga sebati.
4. masukkan sedikit kismis, jagung dan vanilla. gaul hingga sebati. sapu bekas dengan majerin dan masukkan adunan.
5. kukus separuh masak, tabur lebihan kismis. kukus hingga masak.
6. kemudian bakar 150 darjah selama 10 minit.

Penghargaan buat 'guru'...
Resepi ini kukutip dari member sekolah juga, namanya Cikgu Zahariah Razali. Dah pun kucuba...ok..not bad, anak-anak pun suka... thank u cikgu! Jom cuba....

Puding Trifalle Masam Manis

Bahan-bahan :
(A)
1 kek gulung ( dipotong dan di atur / disusun di atas dulang / bekas)

(B)
6 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
1 tin susu cair
2 cawan air termasuk air buah
(bancuhkan semua bahan di atas, panaskan sehingga mendidih dan angkat)

(C)
Satu tin buah dalam tin

(D)
1 kotak Jelly Kristal (Nona)
(sediakan jelly dengan mencampurkannya dengan 2 cawan air panas / didihkan 2 cawan air , tutup api - masukkan jelly - kacau)

Cara-cara:
1. Lapisan 1 - kek yang telah dipotong
2. Lapisan 2 - tuangkan bahan B serta ratakan di atas kek
3. Lapisan 3 -tuangkan buah dalam tin ke atas lapisan tepung kastad (bahan A). Ratakan
4. Lapisan 4 -tuangkan jelly kristal yang telah disediakan ke atas lapisan buah tadi.
5. Biarkan sekejap barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
6. Dah tu....makanlah...apa lagi....sedaaaaap


Resepi ini diambil daripada seorang rakan yang kupanggil dia 'Kak Chik'..sewaktu kami sembang-sembang di kantin sekolah dua bulan lepas.....baru semalam ku sempat mencubanya...Emm, jadi jugalah...suamiku pun memuji dan minta dibuatkan untuk dibawa ke ofisnya....kira ok lah tu....Cubalah...Terima kasih Kak Chik!!