Showing posts with label Fikrah. Show all posts
Showing posts with label Fikrah. Show all posts

16 May 2010

Hari Guru



Hari ini seluruh negara menyambut hari guru secara serentak. Hari Guru biasanya di sambut dengan mengadakan pelbagai acara yang menuntut penyertaan para guru dan murid. Lebih kurang hampir 12 kali aku menyambut perayaan hari guru...ya memang hari guru ialah hari raya bagi kaum guru...apa tidaknya, guru-guru berpakaian serba baru dan paling istimewa pada hari itu...

Apakah makna sebenarnya hari guru? Sepanjang diriku bergelar guru, hari guru sebenarnya hari yang cukup 'merimaskan' bagiku sebenarnya....Memanglah sebenarnya hati ini rasa terhibur dengan ucapan demi ucapan Selamat Hari Guru yang terpacul daripada bibir-bibir anak-anak didikku....tapi entahlah...jauh di sudut hati, suatu perasaan 'aneh' dan tidak selesa pula yang hadir dalam jiwa ini....Masih ku ingat lagi, setiap kali hari tarikh 16 Mei tiba, maka setiap kali itulah aku merancang-rancang untuk mengambil cuti rehat....Entah apa perasaan yang ada dijiwa ini sebenarnya aku sendiri kurang mengerti....tapi yang pasti, aku amat merasa kurang selesa pada hari tersebut....

Setiap kali murid-muridku mengucapkan selamat hari guru, maka setiap kali itulah bibirku begitu 'gatal' ingin berceramah...ingin ku katakan kepada mereka....Jangan ucapkan selamat pada guru hari ini saja, tapi doakan untuk guru selamat setiap hari...kalau mereka benar-benar kasihkan guru....jangan tunjukkan rasa hormat kepada guru, hanya untuk hari ini cuma, tapi tunjukkan rasa hormat kepada guru setiap masa dan ketika, dengan menyiapkan tugasan dan kerja sekolah yang diberikan, sopan santun ketika berbicara dengan guru...ucapkan terima ksih setulus hati setiap kali  selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) dan sentiasa mendengar kata guru....
Walau bagaimanapun sambutan hari guru ada banyak kebaikannya juga....selain ia dapat menanam rasa kasih dan sayang murid kepada gurunya, ia juga dapat menyuntik keceriaan dan semangat motivasi kepada guru-guru dengan pelbagai acara yang difikirkan sesuai...

Biasanya sambutan hari guru diisi dengan slot ucapan, slot sukaneka dan juga persembahan pelajar atau guru...Sebenarnya, sambutan hari guru ini boleh diisi dengan pelbagai pengisian sama ada pengisian ilmiah mahupun pengisian berbentuk santai....seperti sukaneka antara guru dan pelajar seperti selalunya....Salah satu acara berbentuk pengisian ilmiah ialah guru-guru diajak untuk 'menghargai ' kerjaya mereka sebagai guru...maka guru-guru perlu diberi suntikan rohani seperti mengadakan Qiyamullail, bacaan Yasin dan Solat Hajat (untuk memohon kesejahteraan, dilimpahkan kesihatan dan kekuatan mental dan fizikal....dan sebagainya).Melalui aktiviti ini, guru-guru juga dibawa untuk mengenang  bekas-bekas guru mereka di samping mendoakan guru-guru terdahalu agar dilimpahkan  keredhaan dan keberkatan  kerana hasil usaha gigih guru-guru terdahulu, maka hari ini guru juga turut bergelar guru... Program-program seumpama ini boleh juga dilibatkan para pelajar. Program seperti ini sekaligus akan dapat menjalinkan hubungan yang erat antara pelajar dan guru. Selain daripada itu program ini juga merupakan cara mendidik para pelajar menyayangi dan mendoakan para guru.





09 May 2010

Jom Tutup Aurat



Apakah yang dimaksudkan dengan aurat?

Dalam Islam, aurat bermaksud kecacatan, keaiban atau kekurangan yang wajib kita tutup. Dari segi bahasa, menjelaskan yang aurat itu adalah sesuatu yang terdedah kepada serangan musuh. Allah memerintahkan kita menutup aurat kerana mendedahkannya boleh mendatangkan fitnah, menaikkan syahwat atau menyebabkan kita melihat perkara yang tidak sepatutnya.Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat.

Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fikah Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut. Bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunah.

Ingatlah firman Allah tentang aurat, Katakanlah kepada wanita beriman, “hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..”.(Al-Nur: 31)



bersambung.....

24 March 2010

Ajarilah anak kita bersyukur....

Jam 3:30 petang tadi, setelah habis bertugas di Pusat Sumber Sekolahku, aku terus bergegas untuk segera pulang ke rumah. Dalam perjalanan, ku terlintas akan pesanan anakku supaya menjemputnya dari sekolah jam 4.30 petang. Hatiku berkira-kira, merancang perjalanan....dan membuat keputusan untuk langsung ke sekolahnya. Tiba di sekolahnya hampir jam 4:15 petang, ahh...sekejap lagi kataku...

Memang seperti yang kujangkakan... hampir 4:35 petang, kelibat anak gadisku yang menginjak remaja itu muncul. Setelah masuk ke kereta, tanpa berlengah aku terus memecut kereta untuk segera pulang. Dalam perjalanan pulang, puteriku mengadu tentang masalah yang dihadapinya.

Umi, kenapalah kakak ni? katanya mengajukan soalan yang tergantung-gantung yang agak sukar untuk kufahami. Walau dalam keadaan yang agak penat, aku masih mahu melayan pertanyaannya. Kenapa apa? tanyaku. Ya lah ...kakak ni kan, badan gemuk, rambut pun ada masalah, muka lagi lah...berjerawat...kawan-kawan kakak, tak ada pun yang ada jerawat....? terus mengeluh agak kecewa...

Sebagai ibu, aku sangat mengerti perasaannya...terus aku bagi isyarat kepadanya...Syyy....tak baik cakap macam tu, orang yang cakap macam tu, tak bersyukur pada Allah namanya...siapa yang buat semua tu...tanyaku...

Kakak...cuba kakak lihat dalam rancangan Bersamamu TV3 tu...lagi teruk ujian Allah pada mereka...kakak bukanlah seteruk yang kakak cakap...kita kena bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada kita...kita jaga, kita urus dengan baik....Masya Allah, kakak...jangan sekali-kali merungut macam tu....tak apa, jerawat kakak bukannya banyak sangatpun...itu jerawat yang biasa saja, jerawat yang menandakan kakak dah jadi seorang remaja...tak apa lah, nanti kita rawat....pujukku lagi...Malam ni Umi bersihkan muka kakak guna pencuci muka, lepas tu kita sapu krim...insya Allah, kalau ia sesuai, eloklah dia, tapi kalau tumbuh lagi banyak, kakak jangan salahkan Umi pulak...ok...janjiku lagi... Baiklah Umi, maafkan kakak... jelas tanpak kekesalan atas kata-katanya tadi dan terpamir wajah rasa dihargai padanya...Dan perbualan kami terhenti di situ kerana kami sudah sampai di rumah...

Pada malamnya, lepas solat...puteriku cuba menagih janji...lalu kutunaikan janjiku....sambil ku membelai wajahnya dengan scrub dan facial cleane, ku cuba fahamkan puteriku, nilai kesyukuran...Kita hendaklah menerima seadanya diri kita yang Allah pinjamkan pada kita ini, kita jaga sebaik mungkin, jaga kesihatan dan sebagainya..Jauhkan dari rasa tidak puas hati terhadap apa yang Allah kurniakan pada kita...dan mesti selalu ingat bahawa setiap apa yang Allah jadikan pasti ada hikmah, dan apa yang penting ialah Allah tetap mahu menguji keimanan kita...sama ada kita bersyukur atau sebaliknya....Aku mula memberi 'tazkirah'...Dia mengangguk, tanda berjanji tidak akan mengulangi kata-kata itu lagi.

Umi, Allah maafkan kakak tak, atas kata-kata kakak tadi? dia mula risau atas kesilapan yang dilakukannya. Allah swt sentiasa mahu mengampunkan dosa hambanya yang ingin bertaubat dan mengaku salah...asalkan, kesalahan tersebut tidak diulang lagi...rajin-rajin lah beristighfar...jelasku. Ya Allah, ampunilah dosa kakak....sesalnya....

Syukurku pada Mu ya Allah, kerana membimbingku dan kami sekeluarga untuk sentiasa mencari cinta dan redha Mu...janganlah Engkau memalingkan kami dari Hidayah Mu setelah Engkau memberi kami petunjuk.....


mencari cinta dan redha Rabbul Izzati....

21 March 2010

MENGHITUNG USIA...

Rasulullah SAW:
المؤمن عبد بين مخافتين من ذنب قد مضى لا يدري ما يصنع الله فيه ومن عمر قد بقي لا يدري ماذا يصيب فيه من الهلكات
(Orang Mukmin hamba antara dua yang menakutkan. Antara dosa yang telah berlalu, ia tidak tahu apakah yang akan dilakukan oleh Allah padanya (hukuman). Dan antara umur yang masih berbaki yang ia tidak tahu apakah yang menimpa padanya dari kebinasaan). (Kitab al-Zuhd. Ibn Mubarak. Hal. 102 No. hadith 304)

Hari ini usiaku genap 40 tahun...suatu angka yang memberi seribu makna dalam diri ini...apatah lagi bila dihayati maksud kata-kata Rasulullah S.A.W. di atas tadi...Terkenangkan aku akan usia yang hampir 40 tahun yang telah kulalui...satu persatu imbasan kenangan bermain di dalam kotak fikiran ini...apakah Allah bisa mengampunkan segala dosa-dosaku yang lalu? Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun...itulah keyakinan hati ku....Itu semua sudah berlalu...tak bisa diputarkan semula...yang berlalu biarlah berlalu....yang pasti baki usia yang bakal dijalani, mungkin tidak selama usia yang sudah berlalu...Ku mohon dari Ilahi...agar baki usia yang bakal kulalui ini, diiringi dengan petunjuk untukku mencari redhaNya...diberikan kekuatan dan kesihatan untuk beribadat kepada Allah dalam setiap apa jua yang kulakukan.

Secara jujur,tiada apa yang kuharapkan pada hari ini, melainkan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan pengabdianku kepada Ilahi...serta doa dari anak-anak, suami tercinta dan juga keluarga...agar ku masih diberi kesempatan untuk bersama-sama mencari redha Ilahi....

PENDAPATKU TENTANG SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN

Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi klik di sini tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam. Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.

Perkhabaran itu mungkin benar dan mungkin juga tidak. Namun apa yang penting,umat yang beragama Islam  seharusnya tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan redah  keatas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.

Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud:
Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam.

Usahlah kita mengambil budaya orang lain apatah lagi budaya bangsa Yahudi ini untuk kita jadikan amalan dalam kehidupan kita. janganlah jadi bangsa yang lemah, yang hanya suka meniru...tetapi jadilah bangsa yang maju yang suka menghidupkan agama dalam setiap aspek kehidupan.

Tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua. Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain seperti bersedekah, klik di sini dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.