Showing posts with label Nazam / Nasyid. Show all posts
Showing posts with label Nazam / Nasyid. Show all posts

17 April 2010

25 December 2009

Hidup cemerlang Tanpa Dadah

Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah ya Rabbi
Ampunilah dosa-dosa kami
Teguhkan iman dalam diri

Kedengaran rintihan suara
meratap sayu menusuk dijiwa
menangis pilu menanggung sengsara
angkara dadah musuh durjana

Mari renungkan celikkanlah minda
kita semua pewaris bangsa
keran dadah maruah ternoda
runtuh agama musnahlah negara

Ayuhlah bersama berpadu tenaga
Perangi dadah musuh utama
impian sejagat aman sejahtera
hindari dadah petualang bangsa

Ha...........................(2x)

Hapuskan dadah membinasakan
penuhkan jiwa dengan keimanan

Insan cemerlang umat gemilang
hindari dadah penghancur wawasan
insan cemerlang umat gemilang
hindari dadah pemusnah masa depan

Ya Rabbana.......(2x)

Hidup tanpa dadah menjana sa'adah
hidup tanpa dadah lebih bermaruah
bebas dari dadah jiwa terarah
marilah hidup cemerlang tanpa dadah

Ayuhlah mara bersama
hindari dadah durjana
Carilah keredhaanNya
al-Falah dijanjikanNya.....

(dicipta Sempena Pertandingan Nasyid Anti Dadah peringkat Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah, Melaka, 2006)

Sepagi Bersama Pemimpin

Allah Allah Azzawajal Tuhan Kami                          Ya Allah
Kami minta ampun akan dosa kami                         Ya rasul
Dengan selawat kami alun nazam ini                         Ya Rahim
Moga berkat majlis kita hari ini

Selamat datang diucapkan tuan puan
Kehadiran tuan puan tanda sokongan
kami alu kami sila jamu selera
Harap semua para jemputan bergembira

Majlis Sepagi Bersama pemimpin
PIBG Talib Karim alu hadirin
Majlis dirancang tanda muafakat
dengan harapan tercapailah matlamat

Niat suci dan ikhlas dapat ganjaran
bersepakat muafakat bawa kejayaan
bersatu teguh bercerai kita roboh
kita berjaya jika usaha bersungguh

Sekolah indah dan selesa jadi impian
menimba ilmu mencipta kecemerlangan
sekolah maju gemilang dan terbilang
jika guru dan ibubapa sama usahakan

guru-guru ibu bapa berganding bahu
supaya anak-anak semua bertambah mutu
guru mulia murid ceriadan berjaya
ibu bapa sudah tentu berbahagia

masyarakat juga turut main peranan
demi melihat generasi maju ke hadapan
beri teguran dan nasihat untuk kemajuan
beri sumbangan material buah fikiran

kami mohon kami minta padaMu Rahim
sejahtera dan berjaya Talib Karim

Allah Allah Azzawajal Tuhan Kami
Kami minta ampun akan dosa kami
dengan selawat kami akhiri nazam ini
salah silap harap kami dimaafi....

(ditulis / dicipta Sempena Persembahan "Majlis Sepagi Bersama Pemimpin" anjuran PIBG SMKDHTK pada 9hb April 2006)

20 November 2009

UMMUL MUKMININ

Ummul Mukminin wanita sejati,
yang dikasihi Suami Mithali,
Siti Khadijah Wanita yang tabah,
Mendapat Hidayah islam terserlah...

Bersama Rasul jauh berniaga,
tertawan hatinya akhlak mulia,
Hasrat dicurah kepada Maisarah,
Akhirnya tercapai isteri solehah....

Lahirnya zuriat putera dan puteri,
Penyeri hidup cinta abadi,
Suka dan duka bersama dihadapi,
Pencetus semangat kesuma hati...

Amul Hazan Tahun Kesedihan,
Perginya Khadijah tinggal kenangan,
sedih dan pilu hilangnya teman
terubatlah hati dengannya Firman....

Ummul Mukminin wanita sejati
Cintanya Rasul tetap di hati
Siti Khadijah tetap di hati
Wanita suci ibu mithali...

Siti Khadijah ibu mithali...




(lirik nasyid ini dicipta sempena Ihtifal Nasyid antara sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Alor Gajah 2004 dan berjaya mendapat tempat ke-3)