Showing posts with label Cinta Allah. Show all posts
Showing posts with label Cinta Allah. Show all posts

24 April 2010

Mencintaimu....



mencintai



merinduimu

16 April 2010

Zikrullah....






Sentiasalah berzikir kepada Allah...Zikir bermaksud mengingati Allah...Caranya  mudah saja...tidak memerlukan apa-apa perbelanjaan atau kerja berat...ia hanya semudah menyebut A,B,C...hanya dihujung lidah...Alangkah ruginya kita sekiranya sesuatu yang amat mudah ini kita abaikan...

Berlatihlah untuk sentiasa berzikir!!!

1. Pilihlah lafaz zikir paling mudah terlebih dahulu.

Lafaz yang paling mudah untuk disebut ialah lafaz Allah...maka bermulalah dengan menyebutnya berulang-ulang kali...agar ia menjadi sebati dengan lidah dan hati. Seandainya ia sudah sebati, maka boleh kita berzikir dengan menyebut lafaz yang lain pula...seperti lafaz Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, La ilaha illallah dan sebagainya...kita sebut dengan penuh khusyuk, penuh pengertian, penuh kerendahan hati...agar ia menyerap ke dalam jiwa lalu menjadi sebati....Insya Allah, lidah kita akan sentiasa dibasahi dengannya..

2. Tentukan masa khusus untuk berzikir.

Sebenarnya, zikir kepada Allah bukanlah hanya pada masa-masa tertentu saja, tetapi dalam setiap urusan, tindakan dan kerjabuat kita hendaklah kita mengingati Allah. Namun pengkhususan masa untuk berzikir juga adalah perlu agar masa yang berlalu sentiasa terisi dengan zikrullah.Masa untuk berzikir yang paling afdhal ialah sewaktu lepas solat. Namun kita juga boleh mendisiplinkan diri kita berzikir semasa dalam perjalanan ke tempat kerja...misalnya semasa memandu kendereaan ke tempat kerja, kita latihlah bibir dan lidah kita untuk berzikir. Sebutlah nama Allah seberapa banyak sekalipun sehinggalah kita tiba di tempat kerja. Alangkah mulia dan berkatnya perjalanan kita untuk mencari rezeki kurniaan Allah.Selain daripada itu, kita juga boleh mengkhususkan masa untuk berzikir ialah di permulaan masa untuk tidur pada malam hari, sementara mata belum terlelap, maka selagi itulah zikir membasahi lidah dan hati....

3. Cabar diri untuk capai jumlah zikir yang disasarkan.

Sekiranya amalan zikir ini sudah menjadi sebahagian daripada rutin dalam hidup kita, maka kita sepatutnya melakukan satu 'upgrade' kepada amalan zikir kita. Cabar diri kita untuk mencapai sejumlah zikir yang kita sasarkan. Contohnya ulamak terkenal Hassan al-Banna menyarankan agar kita dapat berzikir paling kurang 1000 kali sehari. Maka kita tetapkanlah target kita dan 'cabar' diri kita. Sekiranya kita berjaya untu capai target tersebut dalam tempoh yang ditetapkan maka tingkatkanlah target untuk bulan berikutnya atau tahun berikutnya...Jadikanlah pepatah 'jadikan besok lebih baik dari hari ini' sebagai moto kehidupan berzikir kepada Allah...

4. Berdoa kepada Allah agar kita jadi istiqamah dalam berzikir.

Jika hati kita sudah berkehendakkan jalan yang mulia ini, maka hendaklah kita berusaha dan berdoa agar usaha kita bukanlah cuma 'hangat-hangat tahi ayam' tetapi sebaliknya biarlah ia berterusan sehingga akhir hayat. Hendaklah kita yakin bahawa Allah amat menyukai perbuatan yang baik dan akan sentiasa memakbulkan doa orang-orang yang berniat baik.

Semoga apa yang dibicarakan pada kali ini, mencetuskan sesuatu yang baik kepada sesiapa sahaja yang membacanya.Dan akhir kalimah, yakinlah bahawa masa tidak pernah menunggu kita untuk kita melakukan sesuatu...maka kejarilah masa itu, kerana kita semua tidak tahu bilakah masa akan menjemput kita 'ke sana'. Oleh yang demikian, janganlah kita berlengah, dan anggaplah sesuatu yang baik itu perlu dilakukan segera seolah-olah kita akan 'dijemput' besok hari....







mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....

21 March 2010

Hebatnya Allah swt....


     Selawat dan salam buat kekasihNya Rasul junjungan yang mulia, yang dikasihi dan dicintai...

Sudahpun berlalu selama lebih 1400 tahun Rasulullah s.a.w meninggalkan kita. Pelbagai kenangan dan bekalan untuk persediaan ke dunia yang abadi (akhirat) ditinggalkan kepada kita.Tiba-tiba diri ini teringat untuk berkongsi bersama rakan-rakan sesuatu perkara yang diharapkan dapat memberi manfaat buat kita bersama. Masih kuingat  sepertimana yang telah disabdakan oleh nabi Muhammad s.a.w :

" Sampailah daripadaku walaupun satu ayat (sedikit) "

Hal ini menyebabkan diri yang serba kekurangan ini memaksa jari jemari yang agak keletihan ini berusaha memperingati  diri ini khususnya serta kawan-kawan sekalian umumnya.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-'Alaq, ayat ke 2 :

خَلَقَ الإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
   "Dia menciptakan manusia dari segumpal darah"
 


Allah s.w.t juga berfirman dalam surah al-Ghafir, ayat ke 67 :

  هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخاً وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى مِنْ قَبْلُ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلاً مُسَمًّى وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

"Dialah yang menciptakanmu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, lalu dari segumpal darah, kemudian kamu dilahirkan sebagai seorang anak, kemudian dibiarkan kamu sampai dewasa, lalu menjadi tua. Tetapi diantara kamu ada yang dimatikan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) agar kamu sampai kepada kurun waktu yang ditentukan, agar kamu mengerti".


Manusia diciptakan klik di sini dalam keadaan lemah, diciptakan dari bahan yang sangat hina bagi kita.Dalam erti kata yang lain membawa maksud yang lebih mendalam bahawasanya manusia (kita) ini  dijadikan dalam keadaan yang serba lemah. dan serba kekurangan serba tidak sempurna serta serba segala-galanya yang menjadikan kita memerlukan segala-galanya dariNYA.

Bukanlah bermaksud Allah menjadikan kita lemah kerana hendak menyusahkan kita. Bukanlah dijadikan kita tidak sempurna kerana untuk menjadikan kita menunding jari kepada org lain tanpa menghiraukan kesalahan kita.Akan tetapi ada pelbagai hikmah yang tersirat dan tersurat di sebalik kejadian manusia (kita) ini.

Sebagai kejadian yang paling istimewa, yang dikurniakan akal kita semestinya mengerti dan memahami tujuan kita dijadikan. Sebagai makhluk yang dikurniakan akal kita hendaklah  mentarbiyah emosi kita, mendidik diri kita untuk saling belajar memahami antara satu sama lain, melatih diri menjadi makhluk Allah yang  saling berkongsi dan bertolong-tolongan serta mewujudkan ikatan yang kuat dengan asbab kelebihan yang wujud pada diri masing-masing.

Terkadang diri manusia ini leka bila tidak disibukkan dengan perkara yang boleh mendekatkan diri
denganNYA, leka bila diri selalu dilimpahi dengan kemewahan duniawi, leka bila disibukkan dengan perkara-perkara yang lagha dan seumpamanya, hal inilah yang menjadikan syaitan senang lenang dan mudah mengarah serta mengawal kita seperti bahan mainan.

Cuba kita renungkan jika diri ini makin hari makin acuh tak acuh, kadang-kadang bila semangat kita lakukan, bila sibuk ditambah malas kita tak buat akan perintah Allah dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri dengan Allah, hal inilah yang menyebabkan kita semakin jauh dengan Allah swt.

Sebenarnya jika kita renungkan dengan mata akal dan hati, terlalu banyak nikmat yang Allah swt berikan untuk kita semua. Tidak mampu rasanya miliki semua itu kalau bukan dengan KuasaNya. Justeru itu seharusnyalah kita menjadi insan yang benar-benar bersyukur kepadaNya.

Sepertimana Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl, ayat ke 18 :


وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ 

" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. "

Segala yang berlaku di atas mukabumi ini pasti ada hikmatnya. Kekayaan harta, kesenangan hidup dan sebagainya bukanlah dapat diertikan sebagai nikmat semata, bahkan ia juga adalah sebagai ujian keimanan bagi jiwa yang memahami kehebatan Allah. Manakala setiap perselisihan, kekurangan harta, kesakitan, kesempitan hidup pula bukanlah dapat dikatakan sebagai ujian hidup bahkan ia juga adalah sebagi nikmat dari Allah iaitu nikmat untuk mentarbiyah hati-hati kita supaya mengawal emosi, mendidik jiwa kita supaya perkuatkan keimanan kita pada Allah, mentarbiyah diri kita untuk lebih tekal dalam perjuangan dan tidak kufur (keluar / lari) dari jalan perjuangan melawan hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya.



Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Begitu takjub sekali ciptaan Allah swt. Terasa diri ini cukup kerdil sekali. Secara perlahan-lahan, jauh dari sudut hati kecil ini melahirkan rasa syukurku dengan kurniaan Allah pada diri ini....dan jauh dari sudut kalbuku, rasa gentar tak terhingga dengan kekuasaan Allah yang Maha Esa...Ya Rabb, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Agung dan Maha Kuasa...bimbinglah kami ke jalanMu...berilah kami  kebahagiaan dunia dan akhirat.....Jadikanlah kami manusia yang sentiasa menyembahMu... (Allah berfirman dalm Surah  al-Hajj : 77-78)


 



 Lihatlah....
1.10 keanehan manusia di Asia klik di sini
2.Bukti kebesaran Allah klik di sini
3.Bayi berkepala katak. Klik di sini
4.Keanehan alam. klik di sini
5. Batu Aneh klik di sini
6. Sungai dalam laut klik di sini


(muhasabah diri sempena hari ulangtahun kelahiran penulis yang ke....)

mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....

21 October 2009

Hakikat Cinta




Hakikat Cinta

Cinta...
Betapa ramai yang terpedaya
Betapa ramai yang hanyut menjadi sampah dan hamba cinta
Bertemu, bermesra dianggapnya cinta
Tanpa segan dan malu
Tanpa takut dan silu
Dunia ini dia yang punya, bolehlah buat apa saja semahunya
Tidak ada siapa boleh melarang
Walhal semuanya kerja syaitan
yang menggoda..

Cinta yang hakiki.....
adalahcinta dari akal dan hati
tanpa melihat dan berjumpa
bertaut jiwa dan dapat dirasa
yang bersatu adalah hati akal
Bukannya fizikal

Penyatuan cinta oleh tali Allah
Bukannya oleh nafsu serakah
yang terpengaruh dengan kebendaan dan berkepentingan

Bermula dari detik perkenalan
Lahirlah rasa kehambaan
Menyedari kita ini milik Tuhan
Selayaknya kesyukuran dan kecintaan yang abadi
menjadi persembahan

Kejarilah cinta ini
Cinta kepada RABBUL 'IZZATI......





klik di sini