Showing posts with label Haji : Satu Kenangan Indah. Show all posts
Showing posts with label Haji : Satu Kenangan Indah. Show all posts

03 May 2010

Kenangan Haji 2007











 


Kenangan di Bukit Uhud...bersama suami tercinta..


























Kami di bawa berjalan-jalan sekitar Masjid Nabawi... dan sempat mengabadikan kenangan bersama jemaah kami...












Masjid Nabawi sewaktu senja...











...Kenangan Abah bersama 'tukang tenun kelambu Kaabah'....










...Tekunnya menenun...dan sungguh menakjubkan...










....Kenangan bersama bonda mertua dan suami tersayang sewaktu melawat ke ladang unta.....










Bersama bonda dan bapa mertua....










...lazatnya susu kegemaran Nabi ni....sedang membeli susu unta selepas try meminumnya...











Masjid Nabawi pada waktu Maghrib...

27 November 2009

3. Aidil Adha Seikhlas Korban

27 November 2009 / 10 Zulhijjah 1430H...kami raikan hari raya aidil adha kali ini dengan serba sederhana. Hampir seluruh ahli keluarga belah suamiku berkumpul meraikannya...meriah juga jadinya...Oleh kerana semua keluarga sebelah suamiku 'balik kampung' maka kamipun beraya lah juga di rumah ibubapa mertuaku...walaupun rumah kami di kejiranan yang sama.


Bersama ibu mertuaku dan ipar duai yang pulang beraya....

 

Kanak-kanak riang berhari raya ....faham ke dia apa maknanya hariraya aidil adha seikhlas korban..? Mudah-mudahan dah besar nanti fahamlah mereka....

 



Sebahagian daripada gambar kenangan di Aidil Adha 2009 yang sempat dirakamkan.....


Selesai solat sunat Aidil Adha, bersarapan , bersalam salaman dengan semua ahli keluarga, dan acara tetap hari raya 'acara bergambar', kami bertolak pula ke kampung asalku...untuk jumpa ibuku serta adik beradikku yang lain yang juga turut pulang beraya...Di samping itu, kami juga telah bersepakat untuk berkongsi korban lembu seekor pada raya kali ini.  Inilah yang sebenarnya pengertian hari raya aidil adha...iaitu ibadat korban. Memang menjadi tradisi keluarga kami untuk berkongsi melakukan ibadat korban pada hari raya aidil adha. Setiap ahli keluarga mengambil satu atau dua bahagian korban, maka tujuh bahagian lembu untuk ibadat korban....dapat dilaksanakan. Inilah makna aidil adha seikhlas korban....

Dan kali ini, ingin ku kongsikan bersama detik-detik cemas sewaktu ibadat korban dilakukan. Jom kita tengok gambar!!!!


Salah seorang anak buahku sedang 'mengakad' jualbeli satu bahagian lembu untuk dijadikan ibadat korban dengan tuan punya lembu... abang iparku juga... inilah permulaannya....yang sedang memerhatikan tu ialah bondaku tersayang...di belakangnya Mak Sah...sedang menunggu giliran upacara 'akad' jualbeli....


Lembu yang disediakan untuk ibadat korban pada tahun ini....agak liar dan sukar untuk direbahkan....lari sana, lari sini...cemas sungguh kami pagi tu...walau apapun sambil berusaha, kami tak putus-putus berdoa kepada Allah, agar tiada kejadian yang tak diingini berlaku....
 

Setelah hampir setengah jam barulah lembu yang hendak dikorbankan berjaya dibaringkan  dan bersedia untuk disembelih.......cemas sungguh pagi raya kali ini...


Leher lembu 'selamat' disembelih untuk ibadat korban kali ini... Syukur alhamdulillah....



Puteri bongsuku Amrina Rauha tersenyum 'antara kesian dan puas' menyaksikan ibadat korban lembu...


Lembu yang 'terselamat' dari kena sembelih....Pada awalnya lembu inilah yang dicadangkan untuk disembelih pada pagi raya aidil adha ini, tapi dua tiga hari sebelumnya...lembu ini terkena penyakit mulut dan tak mahu makan...Ini menyebabkan badannya semakin kurus...oleh kerana bimbangkan ia akan memudharatkan kesihatan jika disembelih dan dimakan dagingnya...maka abang iparku cuba mencari dan membeli seekor lembu lain untuk ibadat korban...maka selamatlah lembu ni....walau apapun, ia masih sihat sehingga kini setelah dirawat secara tradisional oleh abang iparku...mungkin ia akan dijual kot.....


Kerja-kerja 'melapah' kulit lembu korban dijalankan dengan 'mahirnya' oleh hero-hero keluarga kami...dari kiri ; Sham (anak buahku), abang azmi (sepupuku), suamiku tersayang dan adikku Ibrahim yang balik beraya dari Kuala Lumpur...Hebat-hebat semua dia orang ni...setahun sekali kerja melapah lembu katakan....

 
Lihat tu...kulit lembu mesti dilapah jangan sampai terkoyak...mesti berhati-hati...kalau kulitnya sudah terkoyak sana-sini, akan menurunkan harganya...kalau tak silap, sekeping kulit lembu (belulang) boleh dijual antara RM50-60..tapi setahu ku juga, kalau orang Jawa, kulit lembu ni juga boleh dimasak untuk dijadikan satu juadah...kalau salah, maaflah ya orang Jawa...

 

Lihatlah leher lembu yang telah disembelih.... tak apa lah lembu, matimu adalah mulia...sebagai persembahan ibadat kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah S.W.T. menerima ia sebagai satu ibadat kepadaNya...



Yaah....hampir separuh badan lembu dah berhasil dilapah....nampak macam senang....susah juga sebenarnya...sebab, semuanya 'profesional'....orang lain dapat sipakan dalam masa satu jam....tapi group ni ambil masa berjam-jam...tak apa lah asalkan kita bahagia.....




 "Hai...ramainya orang hari ni...semuanya dah kerjakan lembu tu... entah-entah lepas ni...giliran aku pulak ya?...Janganlah apa-apakan aku...biarlah aku berbakti dengan caraku pulak...." agaknya itulah yang dirayu oleh monyet comel ini ketika menyaksikan ibadat korban yang dilakukan berdekatan dengan 'rumahnya'....

 

Ha...bahagian kepala ni, tak dak sapo yang teror...bagi kat ambo sajo, biar ambo yang kerjakan dia...demo, buat tepat lain...baru cepat sikit...




Ok, cara-caranya biar ambo tunjukkan....ha...lagu ni lah cara melapah kulit lembu jange bagi terkoyak....




 Ok....sekarang kita belah dada dan perut lembu....




Sekarang ni, kita potong pula pehanya...satu persatu....




Satu peha lembu yang siap dipotong....

 

 Dua peha lembu telah siap dipotong...!!!  Tunggu dipotong dagingnya pula...




Che Su Za (pemilik blog ni le....)dan Mak Sah turut turun padang untuk memotong daging menjadi ketulan yang mudah untuk kerja-kerja pengagihan daging kepada tujuh bahagian nanti....




Chop!! post lah dulu...baru happy...walaupun bau daging dah satu badan....janji bahagia buat ibadat di hari raya....




Inilah daging-daging  korban yang telah siap dipotong.....




 Ini pula kulit lembu yang telah siap dilapah tadi....alhamdulillah, berjaya juga kerja korban kali ini...meskipun tanpa pelapah yang profesional...namun kerjasama ahli keluarga inilah yang mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli keluarga.... Lepas ni...apa lagi...kita masak le daging korban dan makanlah sama-sama....selain tu kita sedekahkan juga kepada jiran tetangga, fakir miskin dan sahabat handai... Aktiviti masak-memasak tu...tak larat dah nak ambil gambar....setakat ni sajelah.....

Namun apa yang penting....ibadat korban di hari raya aidil adha lah sebenarnya yang memberi makna kepada hari tersebut untuk dirayakan...Ibadat korban ini, walaupun hukumnya sunat....tetapi ia hanya boleh dilakukan sekali dalam setahun...jadi apalah salahnya kita melakukannya....duit boleh dicari...asalkan ada kemahuan...disitu ada jalan...dan boleh diusahakan... Kalau jemaah haji yang ke Mekah merayakan kejayaan dan kesyukuran mereka di Tanah Suci...kita di tanahair pun tiada kurangnya...masih boleh melahirkan kesyukuran tersebut dengan cara yang 'sekali setahun ini'....Jadi berkorbanlah....jadikan ia satu rutin tahunan...

Selamat Hari Raya Aidil Adha...Selamat Berkorban...semoga jumpa lagi di Aidil Adha yang akan datang...mohon dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki...tahun hadapan kita 'berkorban' lagi....


 Info Qurban:












20 November 2009

2. Kenangan di Kota Madinah al-Munawwarah 2007










Ketakjuban : Masjid Nabawi yang sangat indah di waktu malam....










Keindahan : Panorama di sekitar Masjid Nabawi sungguh membuat kami merasa teruja...










Lawatan : Kami dibawa berjalan melawat sekitar kota Madinah al-Munawwarah...
 












Kesempatan : bersama rakan jemaah dari Melaka....di depan Pasar Tamar










Rakaman : bersama rakan jemaah dan juga bapak-bapak ustaz Andalusia travel....trio brothers : ustaz Yusof, ustaz Ridzuan dan ustaz....lupa pula namanya...













Kenangan : mengabadikan rasa keajaiban alam ciptaan Allah di Bukit Magnet....










Kegembiraan : Anak-anak kami bergaya dengan 'ole-ole' dari Tanah Suci....



Anda juga mungkin berminat:
SMKPB anjur Kursus Haji dan Umrah klik di sini



Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....

1. Kenangan di Kota Mekah al-Mukarramah 2007


Tiada kata yang dapat kubayangkan...betapa kerinduan untuk mengunjungimu lagi..


KAABAH...yang mulia. Lambang penyatuan seluruh umat Islam di atas mukabumi ini...


HAJARUL ASWAD...BATU HITAM...juga ada sejarahnya yang tersendiri...mengucup / menciumnya hukumnya sunat...tapi mesti brhati-hati kerana ramai jemaah berebut-rebut ke arahnya....


PINTU KAABAH....berdekatannya juga terletak MULTAZAM iaitu tempat mustajab untuk berdoa...


MAQAM IBRAHIM...ada sejarah dan keistimewaannya yang tersendiri...apapun jangan lupa
SOLAT SUNAT di sini...terutamanya solat sunat selepas Tawaf...dan berdoalah...


TAWAF....walaupun jaraknya agak jauh untuk menyiapkan ibadat Tawaf, namun terdapat juga jemaah yang memilih untuk melakukan ibadat ini di tingkata paling atas Masjidil Haram...mungkin untuk elak dari bersesak-sesak di sekeliling Kaabah di bawah sana kut... apapun, janji kita mampu melakukannya
dan ibadat itu sah pula di sisi agama....


3 buah Kubah yang berdiri indah di tingkat paling atas Masjidil Haram.....



Pemandangan yang sinonim di pinggir Masjidil Haram...ialah ratusan burung merpati yang sungguh menghiburkan....berilah makan bijirin kepadanya...pasti ia tidak akan lari....

 Allah Maha Besar....pertemuan dua saudara (kak Ani) di tanah suci kota Mekah....kami ke sana pada waktu yang berbeza dan tempat penginapan juga berbeza....tapi hasil usaha kak Ani mencari lokasi penginapanku, maka pertemuan ini dapat diabadikan.....

Suasana selepas selesai solat di masjidil Haram... pandangan dari sudut tangga menuju Babul Umrah...


Sesak....jutaan jemaah haji membanjiri jalanraya pergi-balik untuk solat berjemaah di Masjidil Haram....


Jemaah haji sedang tekun mendengar tazkirah dan taklimat dari mutawwif ketika slot atau
acara berjalan kaki mengelilingi Kota Mekah....
 
Mengabadikan kenangan bersama guru pembimbing kami...ustaz Mohd Daud b Che Ngah, mantan Pengurus Besar Tabung Haji...yang kini berkhidmat sebagai Pengurus Syarikat Andalusia Travel and Tour....

 
Pemandangan di Arafah....Ustaz Yusof guru pembimbing kami sedang memberi tazkirah...berkaitan dengan sejarah yang pernah berlaku di bumi Arafah....


 mencuba menunggangi unta berhias.... 'kenderaan' kesayangan Rasulullah S.A.W. ...


Pemandangan dari luar Masjidil Haram...tempat SAIE iaitu Safa dan Marwah yang masih dalam proses pembesaran...


Perkuburan Ma'la, satu-satunya tempat persemadian jenazah yang meninggal dunia
di tanah suci Kota Mekah ini...


Sayup mata memandang...pintu berwarna hijau dikhabarkan tempat bersemadinya jasad isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w... Siti Khadijah binti Khuwailid r.a...Ummul Mukmimnin yang dicintai..


Suasana di dalam khemah sewaktu ibadat WUKUF di Arafah.....
sedang menunggu bacaan khutbah hari Arafah oleh wakil Tabung Haji....


Di Muzdalifah...untuk ibadat wajib haji iaitu BERMALAM DI MUZDALIFAH...
(sedang mengutip anak-anak batu untuk ibadat melontar nanti....


Bersama rakan jemaah di dalam khemah di Mina selepas bersiap sedia untuk menunggu kedatangan bas untuk membawa kami pulang ke Mekah untuk ibadat TAWAF dan SAIE haji...


Khemah-khemah memutih di Mina disediakan untuk menampung jemaah haji dari seluruh dunia.....
bagi ibadat BERMALAM DI MINA....


Jemaah haji berduyun-duyun menuju ke destinasi melontar untuk menunaikan
perkara wajib haji iaitu MELONTAR JAMRAH...



Lautan manusia bergelombang dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat melontar Jamrah....Nun jauh di sana kelihatan dua terowong....terowong apa tak pasti pula...mungkin Terowong Muassim kut....



Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....


Anda juga mungkin meminati:
1. Sentuhan Jiwa Ibadat Haji
2. Falsafah Haji