07 May 2010

Solat Witir

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Jumlah solat witir itu ialah 11 rakaat, dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.


Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat


"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat




"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir




"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

No comments:

Post a Comment