Lama benar tak jenguk laman anjung ini...ingatkan dah susah nak jumpa...tapi syukurlah, ia masih seperti dulu... Lama menyepi bukannya kerana sudah tak ada story nak cerita, tapi kesihatan yang tidak mengizinkannya...Sebenarnya banyak cerita suka duka yang telah berlaku dalam Anjung Rauhillah..tapi tak sempat untuk dimuatkan...tak 'larat' nak mengadap di sini..
Tahun 2011 ini ada ahli baru yang akan menghuni di anjung ini...Seperti biasalah, harapannya agar setiap kali 'pindah rumah' dapat seorang ahli baru...Dan kali ini 'perpindahan' kami sekeluarga ke Anjung Rauhillah inipun akan mendapat seorang ahli baru...Kira-kira bulan Mei nanti, dapatlah kita jumpa ya...Moga Tuhan memakbulkannya...
Kalau tak silap kira lah...Anjung Rauhillah ini adalah rumah yang kelima pernah kami tinggal...setelah sempat berkali-kali berpindah-randah ...dan akhirnya. syukur kami kepada Allah...kerana menganugerahkan kami anjung ini....dapatlah meneruskan kehidupan sekeluarga selagi nyawa dikandung badan... Rasa-rasanya di sinilah, sejarah baru akan tercipta buat kami sekeluarga...mula-mula menimang anak, kemudian dapat menantu...dan kemudian lagi dapat cucu...hihihi...kelakarnya...Moga-moga sempatlah merasai nikmat semua itu....di sini...di Anjung Rauhillah....
No comments:
Post a Comment