01 March 2010

Kelebihan Berselawat



Berselawat kepada Rasulullah S.A.W adalah satu perkara yang diperintahkan oleh Allah . Di bawah ini dipaparkan beberapa kelebihan bersolawat kepada Nabi.
1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang bersolawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan bersolawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan solawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah solawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca solawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca solawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan bersolawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang bersolawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang bersolawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan bersolawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan solawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Bersolawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang bersolawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan bersolawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa bersolawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan bersolawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan bersolawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca solawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca solawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca solawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca solawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan bersolawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan bersolawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah bersolawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan solawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca solawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka bersolawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa bersolawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang bersolawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa bersolawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani.
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang bersolawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan solawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah. Wallahu a’lam.
Mendapat syafaat Rasulullah di akhirat nanti.





Rasulullah s.a.w pernah menceritakan kisah yang akan berlaku kepada seorang lelaki pada hari kiamat nanti. Sabdanya:
Apabila berlaku hari kiamat, seorang lelaki umatku diarah pergi ke suatu tempat. Apabila hampir sampai ke pintu neraka, sambil menangis, orang lelaki itu bertanya kepada para malaikat,
“Ke manakah aku hendak dibawa pergi, wahai Mailakatul-Rahman?”
“Ke neraka,” jawab para malaikat.
“Tinggalkan aku menangis bersendirian di sini untuk menyesali diriku,” ujar lelaki itu. “Sepatutnya dulu, engkau menangis di dunia. Pada hari ini, menangis tidak bermanfaat lagi,” jelas para malaikat.
Lelaki itu berkata lagi, “Wahai Malaikatul-Jabbar. Aku ini anak Adam. Tidak tahan aku dengan panas api neraka. Kalau sejuk, aku tidak tahan dengan sejuknya. Aku dari umat Muhammad s.a.w.
Tidakkah ada bagiku sesuatu harapan dari Tuhanku?”
“Apa harapan engkau dari Tuhan engkau?” tanya para malaikat.
“Aku tidak disiksa bersama Yahudi dan Nasrani,” jawab lelaki itu.
“Itu Muhammad s.a.w di hadapan Tuhan Al-Jabbar. Serulah engkau kepada Nabimu itu. Jika tidak kami akan lemparkan engkau ke neraka bersama dengan yang lain,” ujar para malaikat.
Lelaki itupun segera berseru, “Ya, Muhammad! Ya, Rasulullah!”
Aku (Rasulullah) mendekati lelaki itu. Lalu bersabda kepada para malaikat, “Wahai malaikatul-Rahman. Hantarlah kembali orang ini ke daun Mizan.”
“Ya, Muhammad. Sesungguhnya kami diperintah oleh Allah Taala, dan kami tidak mahu mengingkari perintah itu,” jawab para malaikat.
Aku segera tunduk dan sujud kepada Allah Azza wa Jalla serta mengangkat sembah, mengadukan hal itu kepada-Nya. Dengan syafaatku, lelaki itu dihantar semula ke daun Mizan untuk ditimbang pahala dan dosanya. Akhirnya dengan syafaatku juga lelaki itu diperintahkan Allah Taala masuk ke syurga. Aku kemudiannya bersabda kepada lelaki itu, “Kenalkah engkau siapa aku?”
“Wajah engkau yang elok dan baumu yang harum, siapakah engkau yang sebenarnya?” tanya lelaki itu.
Aku bersabda, “Akulah Nabi engkau, Muhammad. Bacaan solawat engkau di dunia untukku telah diberkati oleh Allah Taala.”
Lelaki itu tunduk dan menangis. Lalu berkata, “Wahai Muhammad Rasulullah. Tanpa engkau dan selawatku untuk engkau, nescaya aku dilontarkan ke neraka bersama ahli neraka yang lain.”
(HR Nafi daripada Ibn ‘Umar).
Wallahu a’lam

(dipetik daripada catatan seorang hamba Allah. Syukran Jazilan)

No comments:

Post a Comment