Ini adalah pemandangan laman kami dari sudut anjung rumah kami... Agak becak terutama apabila hari hujan...dan agak tidak menenangkan pandangan....
Hari ini kami ingin berkongsi sedikit kegembiraan dan kesyukuran kami kerana hajat kami mempunyai kediaman yang selesa sedikit demi sedikit tercapai.... Setelah melalui beberapa fasa pembinaan, kini kami diberikan sedikit rezeki untuk menyiapkan laman Anjung Rauhillah yang diharapkan menyuntik sedikit ketenangan dan dapat menghilangkan kepenatan kami setibanya dari tempat kerja....

Kerja-kerja meratakan tanah di hadapan anjung kami dimulakan...Putera dan puteri kami begitu teruja dapat bergambar dengan "jentolak' besar ini. Proses meratakan tanah mengambil masa separuh hari...
Bukan main lagi budak berdua ni....maklumlah jarang sekali dapat merasa berada di atas 'kenderaan gergasi' seperti ni....tak pe-tak pe kita bagi can....worait!
Gambar ini dirakamkan pada hari kedua kerja-kerja penurapan dilakukan. Pada hari pertama, kerja-kerja meratakan tanah oleh para pekerja...iaitu meratakan semula tanah yang telah 'diratakan' oleh jentolak.
Setelah lima hari kerja-kerja penurapan simen dilakukan...inilah hasilnya, laman kami tampak lebih kemas, bersih dan tiada 'becak' lagi....
Amboi...bukan main gembiranya dia....siap tunjuk 'good' lagi depan laman idamannya...Syukur pada Tuhan, mengurniakan bagiku seorang suami yang sangat berkerja keras memastikan keluarga kami dapat hidup selesa...dan ringan tulang membuat kerja-kerja berat dan ringan bagi memastikan kediaman kami menenangkan....
Ini pula sedikit tanah lapang yang ada di depan laman rumah kami yang sengaja kami kosongkan untuk ditanam dengan pokok-pokok bunga atau 'ape-ape je lah' nanti...Untuk jimatkan belanja, kami akan cuba bina sendiri taman kami... tapi tak tau lah bila boleh siap....tungguuuuuuu....
Gambar kediaman kami sebelum proses pembinaan laman dimulakan....ada beza tak...????
Kini, kami amat bersyukur kepada Ilahi...laman yang selesa membuat sedikit kepenatan kami berkerja sepanjang hari terubat...
Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....

No comments:
Post a Comment