28 February 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2009M / 1430H

         Assalamualaikum wrh.wbt. kepada semua yang membuka laman blog ini. Pada tahun ini, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi sedikit kekuatan fizikal dan mental untuk terus mengajak yang makruf dalam kehidupan saya sebagai seorang pendidik di SMK Pak Badol ini...Seperti biasa, memang sudah lama kerja rutin yang saya lakukan setiap kali tibanya bulan Ramadhan al-Mubarak, saya dan rakan-rakan cuba merancang untuk menghidupkan bulan Ramadhan khususnya di sekolah...
 
          Maka dengan berkat sokongan semua pentadbir khususnya Tuan Pengetua SMK Pak Badol sendiri iaitu Tn Hj Mohd Hamdi bin Awang dan dibantu oleh rakan-rakan setugas yang lain, maka bulan Ramadhan di SMKPB dihidupkan dengan program tadaarus al-Quran. Setiap guru Pendidikan Islam sekurang-kurangnya wajib membawa pelajar untuk program tadaarus al-Quran di Musolla sekolah sekali dalam seminggu, dan selebihnya semua pelajar SMKPB dicabar untuk menyertai program "Cabaran Membaca 30 Juzuk al-Quran" sepanjang bulan Ramadhan secara individu atau bertadarus dengan guru dan juga ibu bapa.
  
 Para pelajar tekun bertadaarus al-Quran bersama rakan di Musolla...
  
 Ustaz Rahimi b Md Daud, tekun membetulkan bacaan para pelajarnya semasa program tadaarus di Musolla SMKPB...
  
Pelajar yang mahir al-Quran meneruskan bacaan al-Quran secara individu atau berkumpulan...
  
Ustaz Mohammad bin Yahya memberi tazkirah tentang kelebihan membaca al-Quran....
  
 Para peserta "Cabaran 30 Juzuk al-Quran 2009" sedang diberi taklimat oleh urusetia Majlis.
  
Satu sesi raptai untuk Majlis Khatam al-Quran turut diadakan....
 
 
 Majlis Khatam al-Quran secara besar-besaran telah diadakan di dataran perhimpunan SMKPB pada 16 September 2009 bersamaan 26 ramadhan 1430H..
  
 Majlis dimulakan dengan perarakan peserta Khatam al-quran yang diiringi dengan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah...
  
 Para peserta khatam al-Quran berarak masuk dengan tertib dan sopan...layak sebagai putera dan puteri Islam yang boleh dibanggakan oleh guru dan ibu bapa...
  

  

  
 Segak bergaya para putera SMKPB berbaju melayu putih...
  
 Barisan para peserta....
  
 Para pelajar SMKPB turut teruja menyaksikan majlis yang meriah ini...
 
Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian penutup Program Ihya' Ramadhan 1430H oleh Yb Tn Pengetua Kanan: Tn Hj Mohd Hamdi b Awang...
 

  
  
 Barisan guru lelaki dan perempuan SMKPB dan juga ibu bapa yang dijemput khas turut bersama dalam majlis ini...
  
 Majlis Khatam al-Quran bermula dibawah pimpinan al-Fadhil Ustaz Mohamad b Yahya (Ketua Panitia Pendidikan Islam  SMKPB
 
al-Ustaz memulakan bacaan al-Quran...Surah al-fatihah, diikuti Surah al-Dhuha...
 
 Salah seorang peserta memperdengarkan bacaan al-Quran...
  
Peserta perempuan begitu khusyuk sekali menghayati kalimah-kalimah al-Quran yang dibacakan...
  

  

  

  
 Sebagai tanda kenang-kenangan...untuk al-ustaz...
  
Meja cenderahati...
  
Tn Pengetua menyampaikan cenderahati kepada peserta...
  
Pengerusi Majlis Khatam al-Quran: Ustaz Rahimi  menjemput para peserta menenrima cenderahati...
  

  

  
 Terima kasih Tuan Pengetua...atas sokongan dan kerjasama ...segalanya adalah suntikan semangat untuk terus berusaha mendidik anak-anak didik yang dikasihi untuk menjadi insan yang kamil...
  
 Majlis bersalam-salaman dengan para guru...
  

  

  

  

 
Majlis Khatam al-Quran selesai untuk tahun ini....mungkinkah pada tahun ini majlis sebegini bakal tercipta lagi...InsyaAllah, jika diberi daya dan upaya oleh yang Maha Kuasa...Apa yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. yang kurang baik itu adalah dari kelemahan diri hamba sendiri...Jika ada sebarang cadangan, sila catatkan dibawah...sebarang cadangan dan kritikan yang membina amat dialu-alukan...Sekian, terima kasih...




No comments:

Post a Comment