28 February 2010

3 IN I: MAJLIS KESYUKURAN RUMAH BARU, KHATAM AL-QURAN DAN DOA SELAMAT KE TANAH SUCI

 
Rumah kami yang siap penghujung 2007....terpaksa kami tinggalkan seketika untuk menunaikan ibadat haji bersama kedua ibu bapa mertua...
  
 Pada 29 November 2007 majlis '3 in 1' telah dilaksanakan iaitu majlis kesyukuran rumah baru, majlis khatam al-Quran anak-anak dan majlis doa selamat sempena ke Tanah suci. Abang Amir Rifaie, Kakak Amira Rashada dan Abang Amirul Rafiq diraikan dalam majlis yang serba sederhana....
  
 Tiga beradik sedang tekun mengaji al-Quran...
  
Disaksikan oleh Abah dan sanak saudara terdekat....
  
Majlis Khatam al-Quran diketuai oleh Ustaz.....
  
 Mudah-mudahan majlis seperti ini memberi satu suntikan terhadap peri pentingnya membaca dan menghayati al-Quran dalam kehidupan Muslim.
  
 Moga-moga anak-anak Umi menjadi anak-anak generasi al-Quran dan bakal dicontohi oleh sederet adik-adik yang lain...
  
Ustaz sedang tekun mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran....
  
 Moga-moga al-Quran akan sentiasa dibaca setiap hari....dan dikhatamkan sekurang-kurangnya setahun sekali....
  
Wahai anak-anak Umi...pelajarilah al-Quran sedalam-dalamnya dan amalkan ia setiap masa...kelak al-Quran akan menjadi pembela kita di akhirat kelak....
 
Bunga telur untuk para hadirin.....
 
 Sewaktu di airport Pengkalan Chepa...untuk berangkat ke KLIA dihantar oleh anakanda,kekanda-kekanda dan bonda tercinta....
  
 Sewaktu di Kelana Jaya...dikunjungi oleh adik-beradik dan ipar duai yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur...
 
Masih di Kelana Jaya....
 
Setibanya di Jeddah ....bagaikan tidak percaya....tapi syukur kepada Allah S.W.T. kerana meyempurnakan impian kami untuk ke bumi suci...

Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati....

No comments:

Post a Comment