Salam Maulidur Rasul 1431H. Marilah kita bulatkan niat dan tekad untuk lebih menyintai Allah dan RasulNya, kerana mencintai Allah dan Nabi saw adalah satu perkara yang perintahkan.
Menyebut bahawa kita menyintai Nabi adalah sesuatu yang agak mudah jika dibandingkan untuk menterjemahkannya di dalam kehidupan seharian. Menyintai bermaksud meletakkan dirinya dalam hati setiap saat dan ketika. Menyintai sepenuh hati akan berlaku apabila suatu perkenalan telah berlaku, maka dengan sedikit usaha dan cita-cita yang ada, akan membuatkan kita terus berusaha ke arah itu.
Ada 8 cara untuk mencintai Nabi.
1. Mengenal Nabi
Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidupnya yang tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi
2. Berselawat ke atas Nabi
Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya. Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi. Peruntukan satu-satu masa untuk berselawat kepada baginda, selain berselawat setiap kali selepas solat. Anggapkan berselawat itu bagaikan kita 'menghubungi' kekasih hati kita...
3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya
Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dala m masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada Ummah sekeliannya
4. Membuat amalan disukai Nabi
Antara perkara yang Nabi suka ialah:-
1. menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim
2. memberi makan orang yang susah
3. membantu orang kesempitan
4. menyampaikan hajat muslimin
5. menasihati orang yang lupa
5. Menghindari perkara yang Nabi benci
Antara perkara yang Nabi benci ialah:-
1. syirik
2. Menentang sunnahnya
3. berbohong di atas namanya
4. tidak bertegur sapa
5.hasad dengki / dendam mendendami
6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain.
Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim dan saling nasihat menasihati.
7. Mendampingi penggantinya
1. mendampingi alim ulama
2. mendampingi para Daie (para pendakwah)
8. Berdoa
Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzkikan mencintai Allah dan Rasulnya
Inilah lapan cara bagaimana ingin mencintai Nabi. Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda.
Semoga Allah memberi kepada saya dan pembaca sekelian anugerah mencintai Nabi. Kerana sesungguhnya, tidak semua orang mendapat anugerah ini.
dipetik daripada catatan : Ustaz Amin (Ustaz Muhamad bin Abdullah)
No comments:
Post a Comment