27 November 2009 / 10 Zulhijjah 1430H...kami raikan hari raya aidil adha kali ini dengan serba sederhana. Hampir seluruh ahli keluarga belah suamiku berkumpul meraikannya...meriah juga jadinya...Oleh kerana semua keluarga sebelah suamiku 'balik kampung' maka kamipun beraya lah juga di rumah ibubapa mertuaku...walaupun rumah kami di kejiranan yang sama.
Bersama ibu mertuaku dan ipar duai yang pulang beraya....
Kanak-kanak riang berhari raya ....faham ke dia apa maknanya hariraya aidil adha seikhlas korban..? Mudah-mudahan dah besar nanti fahamlah mereka....
Sebahagian daripada gambar kenangan di Aidil Adha 2009 yang sempat dirakamkan.....
Selesai solat sunat Aidil Adha, bersarapan , bersalam salaman dengan semua ahli keluarga, dan acara tetap hari raya 'acara bergambar', kami bertolak pula ke kampung asalku...untuk jumpa ibuku serta adik beradikku yang lain yang juga turut pulang beraya...Di samping itu, kami juga telah bersepakat untuk berkongsi korban lembu seekor pada raya kali ini. Inilah yang sebenarnya pengertian hari raya aidil adha...iaitu ibadat korban. Memang menjadi tradisi keluarga kami untuk berkongsi melakukan ibadat korban pada hari raya aidil adha. Setiap ahli keluarga mengambil satu atau dua bahagian korban, maka tujuh bahagian lembu untuk ibadat korban....dapat dilaksanakan. Inilah makna aidil adha seikhlas korban....
Dan kali ini, ingin ku kongsikan bersama detik-detik cemas sewaktu ibadat korban dilakukan. Jom kita tengok gambar!!!!
Salah seorang anak buahku sedang 'mengakad' jualbeli satu bahagian lembu untuk dijadikan ibadat korban dengan tuan punya lembu... abang iparku juga... inilah permulaannya....yang sedang memerhatikan tu ialah bondaku tersayang...di belakangnya Mak Sah...sedang menunggu giliran upacara 'akad' jualbeli....
Lembu yang 'terselamat' dari kena sembelih....Pada awalnya lembu inilah yang dicadangkan untuk disembelih pada pagi raya aidil adha ini, tapi dua tiga hari sebelumnya...lembu ini terkena penyakit mulut dan tak mahu makan...Ini menyebabkan badannya semakin kurus...oleh kerana bimbangkan ia akan memudharatkan kesihatan jika disembelih dan dimakan dagingnya...maka abang iparku cuba mencari dan membeli seekor lembu lain untuk ibadat korban...maka selamatlah lembu ni....walau apapun, ia masih sihat sehingga kini setelah dirawat secara tradisional oleh abang iparku...mungkin ia akan dijual kot.....
Lihat tu...kulit lembu mesti dilapah jangan sampai terkoyak...mesti berhati-hati...kalau kulitnya sudah terkoyak sana-sini, akan menurunkan harganya...kalau tak silap, sekeping kulit lembu (belulang) boleh dijual antara RM50-60..tapi setahu ku juga, kalau orang Jawa, kulit lembu ni juga boleh dimasak untuk dijadikan satu juadah...kalau salah, maaflah ya orang Jawa...
Salah seorang anak buahku sedang 'mengakad' jualbeli satu bahagian lembu untuk dijadikan ibadat korban dengan tuan punya lembu... abang iparku juga... inilah permulaannya....yang sedang memerhatikan tu ialah bondaku tersayang...di belakangnya Mak Sah...sedang menunggu giliran upacara 'akad' jualbeli....
Lembu yang disediakan untuk ibadat korban pada tahun ini....agak liar dan sukar untuk direbahkan....lari sana, lari sini...cemas sungguh kami pagi tu...walau apapun sambil berusaha, kami tak putus-putus berdoa kepada Allah, agar tiada kejadian yang tak diingini berlaku....
Setelah hampir setengah jam barulah lembu yang hendak dikorbankan berjaya dibaringkan dan bersedia untuk disembelih.......cemas sungguh pagi raya kali ini...
Leher lembu 'selamat' disembelih untuk ibadat korban kali ini... Syukur alhamdulillah....
Puteri bongsuku Amrina Rauha tersenyum 'antara kesian dan puas' menyaksikan ibadat korban lembu...
Lembu yang 'terselamat' dari kena sembelih....Pada awalnya lembu inilah yang dicadangkan untuk disembelih pada pagi raya aidil adha ini, tapi dua tiga hari sebelumnya...lembu ini terkena penyakit mulut dan tak mahu makan...Ini menyebabkan badannya semakin kurus...oleh kerana bimbangkan ia akan memudharatkan kesihatan jika disembelih dan dimakan dagingnya...maka abang iparku cuba mencari dan membeli seekor lembu lain untuk ibadat korban...maka selamatlah lembu ni....walau apapun, ia masih sihat sehingga kini setelah dirawat secara tradisional oleh abang iparku...mungkin ia akan dijual kot.....
Kerja-kerja 'melapah' kulit lembu korban dijalankan dengan 'mahirnya' oleh hero-hero keluarga kami...dari kiri ; Sham (anak buahku), abang azmi (sepupuku), suamiku tersayang dan adikku Ibrahim yang balik beraya dari Kuala Lumpur...Hebat-hebat semua dia orang ni...setahun sekali kerja melapah lembu katakan....
Lihatlah leher lembu yang telah disembelih.... tak apa lah lembu, matimu adalah mulia...sebagai persembahan ibadat kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah S.W.T. menerima ia sebagai satu ibadat kepadaNya...
Yaah....hampir separuh badan lembu dah berhasil dilapah....nampak macam senang....susah juga sebenarnya...sebab, semuanya 'profesional'....orang lain dapat sipakan dalam masa satu jam....tapi group ni ambil masa berjam-jam...tak apa lah asalkan kita bahagia.....
"Hai...ramainya orang hari ni...semuanya dah kerjakan lembu tu... entah-entah lepas ni...giliran aku pulak ya?...Janganlah apa-apakan aku...biarlah aku berbakti dengan caraku pulak...." agaknya itulah yang dirayu oleh monyet comel ini ketika menyaksikan ibadat korban yang dilakukan berdekatan dengan 'rumahnya'....
Ha...bahagian kepala ni, tak dak sapo yang teror...bagi kat ambo sajo, biar ambo yang kerjakan dia...demo, buat tepat lain...baru cepat sikit...
Ok, cara-caranya biar ambo tunjukkan....ha...lagu ni lah cara melapah kulit lembu jange bagi terkoyak....
Ok....sekarang kita belah dada dan perut lembu....
Sekarang ni, kita potong pula pehanya...satu persatu....
Satu peha lembu yang siap dipotong....
Dua peha lembu telah siap dipotong...!!! Tunggu dipotong dagingnya pula...
Che Su Za (pemilik blog ni le....)dan Mak Sah turut turun padang untuk memotong daging menjadi ketulan yang mudah untuk kerja-kerja pengagihan daging kepada tujuh bahagian nanti....
Chop!! post lah dulu...baru happy...walaupun bau daging dah satu badan....janji bahagia buat ibadat di hari raya....
Inilah daging-daging korban yang telah siap dipotong.....
Ini pula kulit lembu yang telah siap dilapah tadi....alhamdulillah, berjaya juga kerja korban kali ini...meskipun tanpa pelapah yang profesional...namun kerjasama ahli keluarga inilah yang mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli keluarga.... Lepas ni...apa lagi...kita masak le daging korban dan makanlah sama-sama....selain tu kita sedekahkan juga kepada jiran tetangga, fakir miskin dan sahabat handai... Aktiviti masak-memasak tu...tak larat dah nak ambil gambar....setakat ni sajelah.....
Namun apa yang penting....ibadat korban di hari raya aidil adha lah sebenarnya yang memberi makna kepada hari tersebut untuk dirayakan...Ibadat korban ini, walaupun hukumnya sunat....tetapi ia hanya boleh dilakukan sekali dalam setahun...jadi apalah salahnya kita melakukannya....duit boleh dicari...asalkan ada kemahuan...disitu ada jalan...dan boleh diusahakan... Kalau jemaah haji yang ke Mekah merayakan kejayaan dan kesyukuran mereka di Tanah Suci...kita di tanahair pun tiada kurangnya...masih boleh melahirkan kesyukuran tersebut dengan cara yang 'sekali setahun ini'....Jadi berkorbanlah....jadikan ia satu rutin tahunan...
Selamat Hari Raya Aidil Adha...Selamat Berkorban...semoga jumpa lagi di Aidil Adha yang akan datang...mohon dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki...tahun hadapan kita 'berkorban' lagi....
Info Qurban:
No comments:
Post a Comment