21 October 2009

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Ramadhan :
 Dari sudut bahasa : panas terik
 Dari sudut istilah : bulan yang diwajibkan berpuasa padanya.
 Dikenali sbg syahrul Mubarak ( bulan penuh dengan keberkatan)
Kewajipan Puasa Ramadhan
Firman Allah : “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu, mudah-mudahan kamu bertaqwa” (Surah al-Baqarah : 183)
Sabda Rasulullah SAW : “ Rejab adalah bulan umatku dan kelebihannya dengan bulan-bulan yang lain bagaikan kelebihan umatku dengan yang lain. Syaaban adalah bulanku dan kelebihannya dengan bulan-bulan yang lain bagaikan kelebihanku terhadap nabi-nabi yang lain. Dan Ramadhan adalah bulan Allah dan kelebihannya terhadap bulan-bulan yang lain bagaikan kelebihan Allah SWT terhadap makhlukNya” (Hadis Riwayat Abu al-Laits: Tanbihul Ghafilin)
Keistimewaan bulan Ramadhan
 Bulan diturunkan al-quran (17 Ramadhan)
 Bulan kemenangan Islam dalam peperangan (Badar al-Kubra)
 Bulan yang ada lailatulqadar
 Bulan kemenangan islam dalam Fath Makkah
 Bulan ibadat puasa / rukun Islam ke-3
 Bulan aktiviti ibadat sunat (tadaarus / sedekah)
 Bulan solat terawih
Kelebihan Ramadhan
 Bulan penuh berkat
 Amalan sunat menyamai amalan fardu
 Solat fardu mendapat 70 kali ganda
 Bulan sabar dan ganjarannya ialah syurga
 Bulan keampunan
 Bulan doa dimakbul
Sifat-sifat Ramadhan
 10 hari pertama adalah rahmat
 10 hari pertengahan adalah pengampunan
 10 hari terakhir adalah kemerdekaan daripada api neraka
Persediaan Menyambut Ramadhan Yang dianjurkan Islam
Rasulullah SAW menyambut Ramadhan dengan beberapa cara:
• Dengan banyak berpuasa sunat (terutama di bulan Syaaban)
• Mengadakan ceramah / tazkirah / penerangan fadhilat Ramadhan pada akhir Syaaban
• Berdoa semoga Allah melanjutkan usia hingga dapat menyambut Ramadhan ini
• Membersihkan diri dan bersuci ( melakukan taubat nasuha dari segala maksiat)
Persediaan lain Menyambut Ramadhan:
• memastikan puasa yang ditinggalkan telah diqadha / diganti / dijelaskan fidyahnya dengan sempurna
• Mengulangkaji ilmu pengetahuan mengenai puasa :
rukun
syarat sah
syarat wajib
perkara makruh
perkara sunat
perkara membatalkan puasa
keharusan berbuka
kewajipan-kewajipan lain yang berkait dengan puasa
cara solat sunat terawih, dan solat-solat sunat yang lain.
• Menanamkan azam dan cita-cita untuk meningkatkan amalan di bulan Ramadhan
• Membuat ‘latihan praktikal’ sebelum Ramadhan:
 Puasa sunat isnin / khamis
 Membaca al-quran sekurang-kurang satu juzuk sehari semalam (pilih waktu yang terbaik seperti sebelum subuh, selepas maghrib dan juga selepas isyak)
 Menghafaz surah-surah pilihan
 Bersedekah
 Berzikir ( dalam kenderaan, waktu rehat dsb)
 Kurangkan berbual kosong / hal-hal keduniaan
 Sentiasa muhasabah diri (sebelum tidur)
Amalan-amalan murni di bulan Ramadhan:
• Mengucap “selamat Menyambut Ramadhan”- Ahlan wa sahlan ya Ramadhan”
• Menyediakan pakaian yang baik untuk Ramadhan
• Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
• Berazam melakukan solat Terawih pada malamnya
• Bertadaarus secara semak (bukan sendirian)
• Solat berjemaah
• Amalkan qiamullail walaupun pendek
• Sahur di akhir waktu – tips sahur, elak makanan pedas dan tutup sahur dengan minum susu
• Mandi janabah sebelum imsak
• Kurangkan tidur
• Tidur sekejap sebelum zohor – waktu cuti
• Perbanyakkan sunat rawatib
• Biasakan solat sunat dhuha
• Jaga pancaindera
• Elak gosok gigi pada waktu petang
• Hadir majlis ilmu
• Buat baik kepada ibubapa
• Isteri hendaklah taat kepada suami
• Banyakkan bersedkah
• Berbuka dengan 3 biji tamar (kurma) dan makanan yang tidak terkena api (tidak dimasak)
• Berbuka bersama orang tua – sesekali jemputlah tetamu berbuka
• Banyakkan iktikaf di masjid
• Baiki hubungan suami isteri
• Baiki hubungan dengan jiran tetangga / rakan
• Elakkan berbelanja berlebih-lebihan
• Kuatkan kesabaran
• Banyakkan selawat, istighfar dan bertasbih
• Berazam beramal di malam lailatulqadar
• Kejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beramal pada malam tersebut
• Kurangkan menonton telivisyen
• Jauhkan bergurau suami isteri di siang Ramadhan
• Banyakkan berdoa untuk ibubapa/ pasangan / anak
• Melazimkan solat di awal waktu
• Elakkan bersiar-siar sebelum waktu berbuka
• Elakkan berhutang
• Menangisi pemergian ramadhan
• Tunaikan zakat fitrah.
MUTIARA HADIS Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang islam yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon keampunan ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa.”
Abu Hurairah ra.meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu semua pintu langit, dikunci semua pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan.”
Aisyah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bersiap-siaplah untuk mendapatkan malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan.”
At-Tirmizi ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Tuhan kamu telah berfirman : “Tiap-tiap satu pahala kebajikan diberi pahala sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda dan puasa itu untukku dan aku yang member pahalanya. Puasa ialah perisai daripada api neraka. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah SWT daripada haruman kasturi.”
Al-Bukhari ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan sehari tanpa ada keuzuran yang dibenarkan Allah SWT kepadanya, tidak berfaedah baginya (melakukan Qadha’) sekalipun berpuasa sepanjang tahun.
Penutup : Puasa mendidik umat Islam agar merasai kelaparan supaya mereka menjadi umat yang bersyukur dan menghargai nikmat Allah.
“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK”


( Ogos 2009)

No comments:

Post a Comment