Ahlan wa Sahlan ke Anjung Rauhillah...semoga pertemuan ini memberikan satu suntikan cinta kepada Rabbul Izzati...Tuhanku..restuilah pertemuan kami di Anjung ini dengan Rahmatmu..... Ya Allah, sesungguhnya ku amat mengharapkan cintaMu, cinta sesiapa yang mencintaiMu dan mencintai amal yang membawa ku dekat padaMu...Redhailah kami dunia dan akhirat..Amin ya Rabbal Alamin.....
16 April 2010
Tahniah! Suamiku....
Sejak Bonda dimasukkan ke ICU 2 Delima HUSM pada 28 Mac 2010 yang lalu, ujian demi ujian bertimpa-timpa datang kepada kami...bukannya apa, pada 2 April 2010 pula, Bonda Mertuaku pula terpaksa dikejarkan ke HUSM kerana hampir diserang stroke..dan dimasukkan ke wad 7 utara pula. Namun, aku bersyukur, aku diberi hidayah oleh Allah dan tidak pernah sesekali mengeluh atau merungut...kerana kuyakin semuanya adalah ujian untuk kami, ujian untuk memberi rahmat dan ganjaran buat kami....
Kami hadapi segalanya bersama...kami buat giliran unutk menjaga, mengurus dan melawat kedua orangtua kami sebaik mungkin...walaupun agak penat, tapi kami redha...
Kini, segalanya sudah berakhir, rasanya tidak terlalu berat dugaan yang diberikan oleh Tuhan buat kami...kerana pada 6 April 2010 tepat jam 5:55 pagi Bondaku telah dijemput mengadap Ilahi ,manakala pada 7 April 2010 pula Bonda Mertuaku telah disahkan sihat dan boleh balik ke rumah....
Kami bersyukur kepada Allah, walau apapun yang berlaku....Dan dalam kesibukan mengurus keluarga dan kerjaya, tiba-tiba pada pagi 11 April 2010, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada suami tersayang...Katanya, "permohonan Abah untuk sambung belajar telah diterima dan berjaya mendapat tajaan biasiswa..." Tahniah, Abah...sememangnya walaupun keinginan untuk belajar dan menantikan tajaan biasiswa telah menjadi 'sejuk dan dingin' dek terlalu lama menanti peluang tersebut....namun, bagiku tidak terlalu lewat untuk Abah sambung belajar...kerana peluang sudah ada di depan mata...dan banyak keistimewaan juga menanti di masa depan...
Mungkin ini adalah hikmat dan hadiah daripada Allah, buat kami sekeluarga....Apapun ia juga satu cabaran untuk menghadapunya...kerana ia bukan semudah yang disangkakan....tapi, 'kalau orang lain boleh, kenapa kita tidak boleh...? Kita juga pasti boleh jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan doa kepada Allah...
Teruskan Abah...teruskan hasrat untuk menggapai cita-cita yang bakal menjadi contoh buat sederet anak-anak kita nanti....Umi akan sentiasa menyokong Abah...Umi akan sentiasa mendoakan kejayaan Abah dunia dan akhirat....Semoga Abah terus bersemangat dan yakin....bahawa Abah boleh melakukannya....Ya Allah, restuilah suamiku.....
Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment