Ahlan wa Sahlan ke Anjung Rauhillah...semoga pertemuan ini memberikan satu suntikan cinta kepada Rabbul Izzati...Tuhanku..restuilah pertemuan kami di Anjung ini dengan Rahmatmu..... Ya Allah, sesungguhnya ku amat mengharapkan cintaMu, cinta sesiapa yang mencintaiMu dan mencintai amal yang membawa ku dekat padaMu...Redhailah kami dunia dan akhirat..Amin ya Rabbal Alamin.....
12 April 2010
Erti Kematian
Mati adalah satu perkataan yang paling ditakuti oleh hampir semua manusia. Setiap manusia, juga binatang-binatang kecuali beberapa golongan manusia yang sudah putus asa dalam kehidupan ini saja yang ingin lekas mati.
Memang patut pun manusia takut mati, sebab mati ini bererti berpisahnya seseorang itu dengan segala-galanya yang dimiliki atau disayangi, seperti berpisahnya dengan anak, isteri, suami, kekasih, ibu, bapa, juga berpisah dengan harta benda dan pangkat...Boleh dikatakan berpisah dengan segala-galanya lah....Sedangkan berpisah sementara dengan seseoranmg yang disayangi atau dicintai pun sudah mengalirkan airmata kesedihan, apatah lagi berpisah 'mati' untuk selama-lamanya....
Sebenarnya,orang yang mempunyai ilmu yang mantap dan kefahaman yang mendalam serta keyakinan yang teguh terhadap konsep kematian...akan mempunyai jiwa yang kuat, semangat yang kental untuk terus mencipta kejayaan sama ada di dunia mahupun kejayaan di akhirat...ini kerana dia yakin, kejayaan di dunia dalam bentuk apa sekalipun, jika diusahakan dengan niat kerana Allah, ia seolah-olah seperti membina sebuah jambatan yang menuju ke akhirat...
Jika dikatakan ia cinta dan kasih kepada anak-anak dan isteri/suami...maka sudah pasti ia tidak akan membiarkan anak-anak atau isteri/suami terjerumus ke lembah kemungkaran... (bersambung...dah ngantuk....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment