27 February 2010

SMK Dato' Haji Talib Karim, Melaka dalam kenangan

Tak salah mengembalikan kenangan manis dan pahit dalam kehidupan, kerana sejarah itu mengajar kita erti kehidupan...Hampir 3 tahun tahun yang lalu SMKDHTK telah kutinggalkan bersama seribu satu kenangan...namun yang pasti kenangan manis adalah terlalu sukar untuk kulupakan...SMKDHTK adalah tempat pertama mengajarku menjadi seorang guru yang berdedikasi. Banyak pengalaman yang telah kukutip di sana...terima kasih buat para pentadbir, Tn Pengetua :Pn Hjh Salamah bt Hashim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Hjh Jamilah yang terlalu baik padaku, buat teman-teman dan pelajar-pelajar yang banyak membantuku sepanjang perjalanan karierku di bumi Melaka...hampir 10 tahun masa kulalui di sana....terasa amat sayu untuk melangkah pergi dari situ, namun apa yang bisa kulakukan...satu tanggungjawab lain yang memaksaku berlalu dari terus mencurah bakti di bumi SMKDHTK. Di dada anjung blog ku ini ingin kusorotkan sesuatu kenangan manis yang tidak dapat kulupakan untuk dikongsi bersama....Jom...

 
 Bersama rakan setugas : Ustazah Zaharah bt Yahya...1 Ogos 2006

  
Bersama Kumpulan Nazam / Nasyid  SMKDHTK...8 Julai 2006.

 
Bersama pelajar dan guru pelatih SMKDHTK...8 Julai 2006

 

Perhimpunan pelajar SMKDHTK sempena majlis Pelantikan Pengawas Percubaan 2006 
(10 Julai 2006)


 

Pengawas Percubaan 2006 sedang melafazkan ikrar....

 
Barisan Pengawas Percubaan SMKDHTK membaca ikrar Pengawas Percubaan
  
Bakal Ketua Pengawas....
  
Penyerahan Lafaz Ikrar kepada Tuan Pengetua : Pn Hjh Salamah bt Hasyim..
  
3 sekawan... Suhaimi (kiri) Penolong Ketua Pengawas 1, Shahul Hamid (tengah) Ketua Pengawas 2006 dan Shafiq (kanan)Penolong Ketua Pengawas 2 yang banyak membantu pengurusan disiplin sekolah....a big  thank for u all...The best leader of student  SMKDHTK...
  
Sweet Memory at Pulau Lagenda....

  
Rombongan SMKDHTK sewaktu berada di dalam feri untuk ke Pulau Langkawi 1 Julai 2006

  
Bergambar kenangan selepas penat bershoping....

  
Bersama Pn Nor Hayati Kamarudin (GKMP Sains Sosial / gurur Seni SMKDHTK) di puncak bukit... 

  
Bersama puteri-puteri Talib Karim....
  
Putera-putera 3A 2006.....
 
Bersama puteri-puteri Talib Karim...tak ingin melepaskan peluang bergambar di sisi bas Mahsuri



Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....

No comments:

Post a Comment