Selawat dan salam sejahtera buat Rasul Junjungan yang Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini tanggal 12 Rabiul Awal datang lagi....mengimbau kembali sejarah kelahiran Rasulullah S.A.W. rasul yang dicintai...Hari ini seluruh negara menyambutnya dengan pelbagai cara untuk menunjukkan kecintaan kepada rasul yang mulia, mudah-mudahan ia bukan sekadar untuk hari ini atau juga untuk sepanjang bulan Rabiul Awal ini....hendaknya biarlah ia sentiasa bersemadi di sanubari....Rasul tetap dihati...
Rasul tetap dihati...bermaksud seseorang itu sentiasa mengarahkan dirinya dalam setiap perilaku adalah berdasarkan apa yang diredhai oleh Allah dan Rasul yang dikasihi...atau dalam ertikata lain....sentiasa menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W, dan sentiasa membasahi lidah dengan berselawat kepadanya.
Persoalan menyambut Maulidur Rasul seringkali menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam umumnya. Namun bagi sesiapa yang mampu menghayati simbolik di sebalik sambutan ini, ia adalah sesuatu yang positif sekurang-kurang sebagai satu cara daie (dakwah) untuk menanam kecintaan terhadap Rasulullah di kalangan generasi muda-mudi Islam masa kini.
Cara mengadakan sambutan maulidur rasul dengan cara mengadakan sedikit jamuan (sedekah) dan sama-sama berselawat adalah satu cara yang mulia dan ia sebahagian daripada cara menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W.kerana disebalik acara tersebut, galakan bersedekah melalui cara memberi makan kepada jiran tetangga turut dapat mengeratkan siaturrahim sesama jiran, manakala acara berselawat jika dihayati betul-betul akan menimbulkan satu perasaan rindu dan cinta kepada Rasulullah S.A.W. Mengajak orang ramai atau tetamu berselawat adalah satu amar makruf juga.
Namun yang menjadi persoalannya, acara-acara tersebut hanya sibuk dianjurkan pada bulan RabiulAwal sahaja, pada hal ia boleh dilakukan pada bila-bila saja...inilah yang menyebabkan berlakunya kekeliruan....
Ayuhlah sama-sama kita hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. Ayuhlah sama-sama kita banyakkan berselawat kepada Rasulullah S.A.W kerana amalan berselawat ini adalah amalan yang dituntut oleh al-Quran (Surah al-Ahzab : 56) Allah dan para malaikat pun sentiasa berselawat kepada Rasulullah S.A.W inikan pula kita umatnya...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. ya Rasulullah salamun 'alaik, ya Habiballah salamun 'alaik.....
Dan di sepanjang bulan Rabiul Awal ini, pada setiap awal paginya bumi Pak Badol bergema dengan bacaan Selawat kepada Rasulullah S.A.W sebagai tanda kecintaan kepada baginda...Moga-moga amalan ini bukan hanya 'di bulan' ini je....
Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....
Jom Selawat!
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H PERINGKAT SEKOLAH (SMKPB)
Ini banner Sambutan Maulidur Rasul 1431H peringkat SMKPB pada tahun ini.
Seluruh warga
Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431H
Tema:
Memantapkan Ukhuwah Memperkasakan Ummah
"DIKAU GURU AGUNG"
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Mahukah kamu kunyatakan sesuatu tentang apabila kamu kerja kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu. (Riwayat Muslim)
Sambutan Maulidur Rasul 1431H peringkat sekolah SMKPB diadalah pada 11 Rabiul Awal 1431H bersamaan dengan 25 Febuari 2010M .
Perhimpunan pelajar sempena majlis sambutan Maulidur Rasul 2010. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, Ceramah, perarakan dan selawat serta Jamuan Kesyukuran untuk seluruh warga SMKPB....dan pada malamnya diisi pula dengan slot Qiyamullail untuk para pelajar tingkatan satu. Program Qiyamullail ini sebenarnya merupakan acara tahunan bagi Panitia Pendidikan Islam SMKPB di bawah pimpinan Ustaz Mohamad bin Yahya (KP PPI SMKPB). Semoga segala usaha diberkati Allah S.W.T. Amin ya Rabbal 'Alamin.
Barisan guru dan pelajar SMKPB...
Dan di sepanjang bulan Rabiul Awal ini, pada setiap awal paginya bumi Pak Badol bergema dengan bacaan Selawat kepada Rasulullah S.A.W sebagai tanda kecintaan kepada baginda...Moga-moga amalan ini bukan hanya 'di bulan' ini je....
Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....
Baguslah blog awak ni. Tahniah, saya suka.
ReplyDelete