26 February 2010

HADIS-HADIS RASULULLAH S.A.W BERKAIT DENGAN SALAM


Dari Abi Umamah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya orang yang paling hampir di sisi Allah SWT ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka).





Dari Abi Umamah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya orang yang paling hampir di sisi Allah SWT ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka). [Hadis Riwayat Abu Daud]





Dari Abdullah Bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya salah satu daripada alamat kiamat ialah bila seseorang memberi salam hanya kepada orang yang dikenali sahaja (bukan memberi salam kerana ia orang Islam walaupun tidak dikenali). [Hadis riwayat Ahmad]





Dari Abdullah RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda; Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sikap takabbur. [Hadis Riwayat Baihaqi]





Dari Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada ku; Wahai anak kesayanganku! Apabila kamu masuk ke dalam rumahmu hendaklah kamu memberi salam kepada ahli keluargamu kerana ini akan menjadi berkat kepadamu dan kepada ahli keluargamu. [Hadis riwayat Tirmizi]. 





Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Ada lima kewajiban bagi seorang muslim terhadap saudaranya yang muslim; menjawab salam, mendoakan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan mengiring jenazah. (Shahih Muslim No.4022)





Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Seorang pengendara hendaknya mengucapkan salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki mengucapkan salam kepada orang yang duduk dan jamaah yang beranggota lebih sedikit mengucapkan salam kepada jamaah yang beranggota lebih banyak. (Shahih Muslim No.4019)





Rasulullah SAW bersabda :
Tidak dihalalkan seorang muslim memulau sesama muslim lebih dr 3 mlm, maka siapa yg memulau lebih dr 3 mlm, lalu mati masuk kedalam api neraka. Hadis riwayat Attirmidzi, al-hakim


Nabi SAW juga bersabda:

Tidak dihalalkan bg seorang muslim memulau saudaranya lebih dr 3 mlm, sehingga bila bertemu masing2 memalingkan muka, dan yg terbaik di antara keduanya ialah yg mendahului memberi salam. Hadis riwayat Bukhari, Muslim.





Dalam hadis yg lain pula Rasulullah SAW bersabda :
Terbuka pintu syurga pada tiap hari isnin dan khamis, maka Allah berkenan pada hari itu mengampunkan tiap org yg tidak mempersekutukan Allah dgn sesuatu apapun, kecuali pada org yg masih be sengketa antaranya dengan saudaranya, maka dikatakan Allah pada malaikat, Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai.





PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )





Jika kalian masuk ke dalam rumah,berilah salam kepada diri kalian sebagai tahiyat penuh berkah dan baik yang berasal dari Allah " (QS An Nur : 61 )


" Jika kalian diberi salam penghormatan,balaslah dengan cara yang lebih baik atau dengan yang serupa " ( QS An Nisa :86 )





Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati. (Maksud Hadis)


Tidak masuk syurga kamu sehingga kamu beriman,dan tidak dinamakan beriman kamu, sehingga saling cinta-menyintai.Tidakkah kamu suka kalau aku menunjukkan sesuatuyang jika dilakukannya, tentu kamu semua akan saling cinta-menyintai? Iaitu ratakanlah salam sesama semua.(Maksud Hadis)





Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan
Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur
Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka
Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga
Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta

No comments:

Post a Comment