25 December 2009

Sepagi Bersama Pemimpin

Allah Allah Azzawajal Tuhan Kami                          Ya Allah
Kami minta ampun akan dosa kami                         Ya rasul
Dengan selawat kami alun nazam ini                         Ya Rahim
Moga berkat majlis kita hari ini

Selamat datang diucapkan tuan puan
Kehadiran tuan puan tanda sokongan
kami alu kami sila jamu selera
Harap semua para jemputan bergembira

Majlis Sepagi Bersama pemimpin
PIBG Talib Karim alu hadirin
Majlis dirancang tanda muafakat
dengan harapan tercapailah matlamat

Niat suci dan ikhlas dapat ganjaran
bersepakat muafakat bawa kejayaan
bersatu teguh bercerai kita roboh
kita berjaya jika usaha bersungguh

Sekolah indah dan selesa jadi impian
menimba ilmu mencipta kecemerlangan
sekolah maju gemilang dan terbilang
jika guru dan ibubapa sama usahakan

guru-guru ibu bapa berganding bahu
supaya anak-anak semua bertambah mutu
guru mulia murid ceriadan berjaya
ibu bapa sudah tentu berbahagia

masyarakat juga turut main peranan
demi melihat generasi maju ke hadapan
beri teguran dan nasihat untuk kemajuan
beri sumbangan material buah fikiran

kami mohon kami minta padaMu Rahim
sejahtera dan berjaya Talib Karim

Allah Allah Azzawajal Tuhan Kami
Kami minta ampun akan dosa kami
dengan selawat kami akhiri nazam ini
salah silap harap kami dimaafi....

(ditulis / dicipta Sempena Persembahan "Majlis Sepagi Bersama Pemimpin" anjuran PIBG SMKDHTK pada 9hb April 2006)

No comments:

Post a Comment