25 December 2009

PMR 9A : Amir Rifaie bin Hj Affendi - Tahniah!!


Sekalung tahniah buatmu anakku...
Betapa debar hati ini tiada siapa yang tahu..
Betapa tiap saatku...
hati ini sentiasa mengharapkan yang terbaik buatmu...buat sederet adik-adikmu...

Walau terkadang...
marah dibibirku, meleret leteranku,
lantaran kenakalan dan kedegilanmu...
namun hati keibuanku sentiasa menguntum doa-doa buat bahagiamu di kemudian hari....

Semalam,
kusujud syukur pada Ilahi....
kerana menganugerahi kejayaan untuk anakku yang disayangi...
9A yang berjaya dirangkuli....mudah-mudahan menjadi pencetus kejayaan cita-cita yang diidami...
jua buat dicontohi oleh adik-adikmu suatu hari nanti....

Terima kasih sayang....
terima kasih kerana menghadiahkan kami kejayaan ini...
teruskan usahamu di medan jaya....
untuk menjadi wira yang dapat dibanggakan oleh agama, bangsa dan keluarga...
semoga kebahagiaan menjadi milikmu dunia dan akhirat....

1 comment:

  1. Ingatlah pesan ayahbonda, jangan hampakan harapan mereka...

    ReplyDelete