Rumah ini kami mula bina sekitar bulan Januari 2007 yang lalu. Dan Alhamdulillah dalam masa tak sampai satu tahun rumah kami siap seadanya dan sudah dapat 'naik rumah baru'...iaitu pada penghujung November 2007
Ini pemandangan rumah kami pada awal 2008...agak terurus dan bersih dari bahan-bahan pembinaan...
Sebenarnya niat dihati, ingin memuatkan gambar-gambar ketika rumah kami dalam proses pembinaan lagi, malangnya...koleksi gambar-gambar tersebut sudah hilang bersama 'kehilangan' komputer riba saya baru-baru ini...Tak apa lah, sudah tak ada rezeki saya..... Setakat hari ni, rumah kami belum 'berpintu pagar' lagi, tak de bajet le tu....paham-paham je lah....Walau apapun, kami bersyukur pada tahun pertengahan tahun 2008, rumah kami mengalami pembinaan 'fasa kedua' iaitu fasa membuat pagar...
Rumah kami ini tidaklah 'istimewa' sangat...cuma rumah empat segi dan agak tradisional binaannya. Bahagian dalamannya luas seperti 'gelanggang badminton' (memangpun, anak-anak kami selalu bermain badminton di dalamnya...) Kami bukannya pandai sangat nak 'sobek-sobek' rumah ni...lagipun, bagi kami 'asal siap' sudah memadai...Cuma kekadang le tu, bila teman-teman atau saudara-mara datang, mereka selalu memuji bahagian 'anjung' depan rumah kami....mungkin pelik sikit kut....Entahlah...rekabentuk depan tu sebenarnya kami ambil idea daripada internet, kami suaikan...maka inilah hasilnya rumah kami dan oleh kerana adanya 'anjung' tersebut, maka kami nama rumah kami : ANJUNG RAUHILLAH...Apapun kami amat bersyukur kepada Allah S.W.T. atas limpah RahmatNya ini.....
Inilah Anjung Rauhillah (Anjung Rahmat Allah...) Rumah ini kami namakan Anjung Rauhillah sebagai simbolik kepada kesyukuran kami di atas kurniaan rezeki Allah kepada kami. Selain itu, ia akan mengingatkan kami kepada Allah S.W.T. setiap masa dan setiap kali kami memasuki rumah ini...Kalimah 'Rauhillah' tu, secara tidak sengaja kutemui dalam salah satu surah dari al-Quran yang membawa maksud 'rahmat Allah'. Syukurku kepadaMu ya Allah, atas limpah rezekiMu kepada kami sekeluarga.....
Ini pula gambar rumah kami sekitar bulan Januari 2010...adalah sedikit perubahan....setelah memasuki fasa pembikinan laluan dan laman yang lebih selesa...Syukur padaMu ya Allah...
Anda juga munkin meminati:
Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....
No comments:
Post a Comment