Setiap kali musim haji tiba...Hari ini tanggal 17 Zulkaedah 1431H, dari berita yang disiarkan melalui televisyen dari perbualan bersama rakan....kusedari...musim haji datang lagi... Hatiku begitu sayu bercampur gembira. Sayu, bila mengingatkan memori manis ketika kami bermusafir menjadi tetamu Allah dua tahun yang lalu...gembira, kerana ramai juga di kalangan teman-teman rapat ku yang dipilih Allah menjadi tetamuNya pula kali ini...
Nasihatku buat teman-teman tetamu Allah.....
1. Buat persediaan fizikal dan mental secukupnya.
Ingat, kita ke sana bukannya nak 'melancong' tapi dengan tujuan yang satu iaitu
ibadat kepada Allah. Jadi, setkan diminda...setiap saat yang dilalui diisi dengan
ibadat sama ada ketika tidur, bercakap, makan, rehat,membeli belah...semuanya jadi
kan sebagai satu ibadat. Sebagai persediaannya...tak boleh nak set kan minda je,
tapi ia perlukan 'latihan'. Maka kena berlatih dari tanahair lagi...sebaik-baiknya
apabila dah pasang niat nak ke Mekah tu...dah mulakan latihan...
2. Senaraikan barangan yang perlu dibawa
Barang yang perlu dibawa berbeza antara individu...jadi ikutlah keperluan masing-
masing...tapi nasihatku pada bakal jemaah wanita...jangan lupa bawa tudung yang
senang dan mudah dipakai...(tudung ini amat diperlukan ketika jemaah berada di
Mina, bertujuan untuk ke tandas dan ketika berada di dalam khemah) Dari pengalaman
ku ketika berada di Mina, terkilan hatiku melihat jemaah yang kurang perihatin
tentang masalah aurat, mereka mengangkat kain ke paras lutut ketika beratur untuk
menanti giliran menggunakan tandas...jadi perihatinlah...
3. Pasang Niat beriktikaf di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.
Ketika di tanah suci, banyakkan iktikaf, baca al-Quran, solat hajat, solat taubat
dan juga tahajjud.Sebaiknya latih juga dari tanahair...
4. Bawa al-Quran ketika dalam penerbangan
Penerbangan dari Malaysia ke Tanah Suci biasanya mengambil masa 8 - 9 jam. Jadi
ambil kesempatan membaca al-Quran, bukannya duduk termenung saja...atau sekurang-
kurangnya berzikir...nak bagi lidah kita sentiasa dibasahi dengan zikir..kita
hendaklah ada azam dan doa yang bersungguh-sungguh...kira-kiranya 'latihan'lah
juga...
5. Persiapan ilmu
Sepatutnya persiapan ilmu ini dok nombor satu tadi...tapi tak apalah...Ilmu nak
tunai ibadat haji ni sangat penting...tapi ilmu solat juga penting, terutamanya
ilmu mengenai solat qasar dan jamak...dan satu lagi ilmu tayammum...kesian
sungguh tengok jemaah yang tak solat waktu dalam penerbangan balik dari Mekah,
hanya kerana semata-mata tak dapat berwuduk...pada hal masa tu kita diharuskan
bertayammum...nasib baik, teman sebelahku dalam penerbangan balik dari tanah suci
dulu sempat kutunjukkan cara tayammum...maka kami sama-sama solat dalam kapal
terbang.....
Akhir sekali....nasihatku, gunakan kesempatan yang diberikan untuk menjadi 'tetamu' Allah dengan sebaik mungkin. Hayati segala kelebihan yang ada di sana...kesempatan untuk ke sana bukannya dapat selalu...jadikan ia sebagai sesuatu yang sangat berharga.......
Ya Allah..setiap saat, setiap detik aku terlalu merindui untuk mengunjungi RumahMu kembali...Terimalah ibadatku, doaku...dan ampunkanlah segala dosaku, dosa seluruh keluargaku...dosa saudara-saudaraku..jadikan kami golongan orang-orang yang Engkau redhai....
Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati....
Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati....
No comments:
Post a Comment