20 November 2009

1. Kenangan di Kota Mekah al-Mukarramah 2007


Tiada kata yang dapat kubayangkan...betapa kerinduan untuk mengunjungimu lagi..


KAABAH...yang mulia. Lambang penyatuan seluruh umat Islam di atas mukabumi ini...


HAJARUL ASWAD...BATU HITAM...juga ada sejarahnya yang tersendiri...mengucup / menciumnya hukumnya sunat...tapi mesti brhati-hati kerana ramai jemaah berebut-rebut ke arahnya....


PINTU KAABAH....berdekatannya juga terletak MULTAZAM iaitu tempat mustajab untuk berdoa...


MAQAM IBRAHIM...ada sejarah dan keistimewaannya yang tersendiri...apapun jangan lupa
SOLAT SUNAT di sini...terutamanya solat sunat selepas Tawaf...dan berdoalah...


TAWAF....walaupun jaraknya agak jauh untuk menyiapkan ibadat Tawaf, namun terdapat juga jemaah yang memilih untuk melakukan ibadat ini di tingkata paling atas Masjidil Haram...mungkin untuk elak dari bersesak-sesak di sekeliling Kaabah di bawah sana kut... apapun, janji kita mampu melakukannya
dan ibadat itu sah pula di sisi agama....


3 buah Kubah yang berdiri indah di tingkat paling atas Masjidil Haram.....



Pemandangan yang sinonim di pinggir Masjidil Haram...ialah ratusan burung merpati yang sungguh menghiburkan....berilah makan bijirin kepadanya...pasti ia tidak akan lari....

 Allah Maha Besar....pertemuan dua saudara (kak Ani) di tanah suci kota Mekah....kami ke sana pada waktu yang berbeza dan tempat penginapan juga berbeza....tapi hasil usaha kak Ani mencari lokasi penginapanku, maka pertemuan ini dapat diabadikan.....

Suasana selepas selesai solat di masjidil Haram... pandangan dari sudut tangga menuju Babul Umrah...


Sesak....jutaan jemaah haji membanjiri jalanraya pergi-balik untuk solat berjemaah di Masjidil Haram....


Jemaah haji sedang tekun mendengar tazkirah dan taklimat dari mutawwif ketika slot atau
acara berjalan kaki mengelilingi Kota Mekah....
 
Mengabadikan kenangan bersama guru pembimbing kami...ustaz Mohd Daud b Che Ngah, mantan Pengurus Besar Tabung Haji...yang kini berkhidmat sebagai Pengurus Syarikat Andalusia Travel and Tour....

 
Pemandangan di Arafah....Ustaz Yusof guru pembimbing kami sedang memberi tazkirah...berkaitan dengan sejarah yang pernah berlaku di bumi Arafah....


 mencuba menunggangi unta berhias.... 'kenderaan' kesayangan Rasulullah S.A.W. ...


Pemandangan dari luar Masjidil Haram...tempat SAIE iaitu Safa dan Marwah yang masih dalam proses pembesaran...


Perkuburan Ma'la, satu-satunya tempat persemadian jenazah yang meninggal dunia
di tanah suci Kota Mekah ini...


Sayup mata memandang...pintu berwarna hijau dikhabarkan tempat bersemadinya jasad isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w... Siti Khadijah binti Khuwailid r.a...Ummul Mukmimnin yang dicintai..


Suasana di dalam khemah sewaktu ibadat WUKUF di Arafah.....
sedang menunggu bacaan khutbah hari Arafah oleh wakil Tabung Haji....


Di Muzdalifah...untuk ibadat wajib haji iaitu BERMALAM DI MUZDALIFAH...
(sedang mengutip anak-anak batu untuk ibadat melontar nanti....


Bersama rakan jemaah di dalam khemah di Mina selepas bersiap sedia untuk menunggu kedatangan bas untuk membawa kami pulang ke Mekah untuk ibadat TAWAF dan SAIE haji...


Khemah-khemah memutih di Mina disediakan untuk menampung jemaah haji dari seluruh dunia.....
bagi ibadat BERMALAM DI MINA....


Jemaah haji berduyun-duyun menuju ke destinasi melontar untuk menunaikan
perkara wajib haji iaitu MELONTAR JAMRAH...



Lautan manusia bergelombang dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat melontar Jamrah....Nun jauh di sana kelihatan dua terowong....terowong apa tak pasti pula...mungkin Terowong Muassim kut....



Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....


Anda juga mungkin meminati:
1. Sentuhan Jiwa Ibadat Haji
2. Falsafah Haji

No comments:

Post a Comment